Monday, 6 February 2017

Agensi Berita Arab Saudi mahu tingkat kerjasama dengan Bernama...

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) gembira dengan persetujuan Bernama untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang dicadangkannya bagi meningkatkan kerjasama dalam pertukaran berita.
Penasihat Undang-undang SPA Saeed Ibrahim Alshehri berkata SPA bercadang menandatangani MoU itu semasa lawatan satu rombongan peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi ke Malaysia tidak lama lagi.
“Kami berharap agar proses menandatangani MoU tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna ketika kunjungan wakil kami ke Malaysia,” katanya dalam emel kepada Bernama.
MoU itu antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama dalam pertukaran berita bagi mengukuhkan persefahaman antara kedua-dua negara.
SPA (Saudi Press Agency) ditubuhkan pada tahun 1971 bertujuan mengumpul dan menyalurkan berita-berita tempatan dan antarabangsa di negara itu dan ke luar negara. 

No comments:

Post a Comment