Friday, 20 January 2017

Tahniah Nur Fadhliana...

Eksekutif editorial Bahagian Jualan Nasional Nur Fadhliana Shaari memenangi anugerah Laporan Berita Online Terbaik dalam majlis penghargaan media anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 
Beliau memenangi tempat pertama bagi penulisan rencana bertajuk "Worldwide Holdings Mission of Compassion". 
Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof pada majlis Malam PKNS Bersama Media di Laman PKNS di Shah Alam malam ini.
Nur Fadhliana, 35, memulakan kerjaya di Bernama pada tahun 2013.
Graduan kewartawanan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu
pernah bekerja dengan bank dan Indah Water Konsortium (IWK) sebelum menyertai Bernama.
“Saya rasa di sini ada masa depan,” katanya ketika baharu mula bekerja semasa ditemubual untuk 'Bernamaians' keluaran 17 Oktober 2013.
“Memang lecturer pun cakap, Bernama ini satu tempat yang baik untuk bekerja kerana ia menjadi rujukan untuk berita.
“Banyak senior yang kata Bernama is one of the best place untuk belajar mengenai penulisan dan buat berita," katanya.
Ketika itu beliau ditempatkan sementara di Meja Rencana untuk mendalami gaya penulisan rencana Bernama sebagai persediaan melaksanakan tugasnya untuk menulis mengenai pelanggan-pelanggan Bahagian Jualan Nasional.  
Bagi PKNS, majlis bersama media itu merupakan medium terbaik untuk meraikan pengamal media yang memberi kerjasama kepada PKNS selama ini.
Puan Noraida menyifatkan pihak media sebagai 'rakan kongsi' PKNS yang membantu merealisasikan visi dan misi perbadanan itu.
"Tanpa bantuan dan kerjasama media, segala aktiviti, produk dan perkhidmatan PKNS tidak dapat disampaikan dan dihebahkan secara menyeluruh dan berkesan kepada masyarakat," katanya. 
Kira-kira 100 wakil media diraikan pada majlis itu.



No comments:

Post a Comment