Thursday, 26 January 2017

Logo emas jadi pilihan...

Logo berwarna emas dengan angka '50' menjadi pilihan bagi sambutan jubli emas Bernama.
Pemilihan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bernama dalam mesyuaratnya hari ini yang dipengerusikan Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh.
Logo itu direka Unit Pemasaran Foto.
Pengurusnya Mohd Farhan Mustaffa berkata mereka mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan logo berkenaan.
"Sebenarnya, ia dilihamkan oleh saudara Fadli (Mohd Fadli Abdul Hadi)," katanya.
"Perasaan kami amat bangga kerana karya team Pemasaran Foto dipilih bagi menyemarakkan sambutan 50 tahun Bernama.
"Dari segi warna, kami meneliti dan mengambilkira logo-logo yang pernah terhasil oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang telah menyambut ulangtahun jubli emas
"Di situ kami sepakat meletakkan warna emas seratus peratus dengan  berlatar belakang hitam," katanya.
Angka '50' dilakarkan sempena 50 tahun Bernama manakala angka '0' juga menggambarkan bentuk dunia.
Logo itu akan digunakan dalam urusan surat menyurat dan promosi sambutan.
Ia juga akan digunakan dalam setem khas sempena sambutan Jubli Emas Bernama.
Logo itu merupakan antara 12 logo yang dibentangkan oleh Pengurus Komunikasi Korporat Zarina Rozali bagi pemilihan Jawatankuasa Pengurusan.







No comments:

Post a Comment