Saturday, 14 January 2017

Program orientasi petugas baharu 2017...

Perlu bagi seseorang petugas baharu mengetahui mengenai hak dan tanggungjawab mereka serta maklumat mengenai organisasi. 
Seramai 27 orang akan terlibat dalam Program Orientasi Petugas Baharu 2017 yang dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan dan Latihan pada 17 dan 18 Januari ini.
Mereka berkhidmat di pelbagai bahagian/jabatan di Bernama seperti Jabatan Pengarang, Pusat Maklumat & Perpustakaan, Kewangan & Akaun, Jabatan Niaga dan lain-lain.
Melalui program ini, para peserta akan didedahkan kepada perkara-perkara yang perlu diketahui sebagai seorang petugas Bernama terutama perihal perjawatan, cuti, gaji dan elaun, tindakan tatatertib dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Selain itu, mereka juga akan diterangkan secara umum mengenai fungsi dan keperluan setiap unit/bahagian dalam organisasi ini.
Maklumat ini dapat mendorong kepada semangat bekerjasama dan seterusnya bekerja sebagai sebuah pasukan untuk menjayakan misi dan visi organisasi.
Bagi menentukan keberkesanan program ini, persediaan rapi telah dibuat oleh Pusat Kecemerlangan.
Cabaran utama yang dihadapinya untuk menganjurkan program ini adalah menghasilkan jadual program yang paling efisien bagi memenuhi keperluan semua unit/bahagian serta mahu memastikan semua ketua bahagian/unit berkelapangan memenuhi slot yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment