Monday, 23 January 2017

Muliady sahut cabaran...

Pewarta Muar, Ahmad Muliady menyahut pertukarannya ke Melaka sebagai cabaran baharu dalam kerjaya sebagai wartawan Bernama.
"Betul cakap-cakap otai Bernama, apabila kena pindah tempat baharu, hati akan terasa sayu nak tinggalkan. Apa pun tanggungjawab diberikan perlu dipikul kerana ianya bukan hanya sekadar arahan tapi satu amanah dan kepercayaan dari pihak atasan.
"Banyak pengalaman dan kenangan di Muar pasti menjadi ingatan hingga ke hari muka," kata Muliady yang akan mengakhiri tugas di Muar pada 31 Januari ini setelah setahun di sana.
Bertugas di Melaka akan memberikan pengalaman baru, kata Muliady, 41, yang menyertai Bernama pada tahun 2009.
"Tempat besar harapnya boleh cari story besar...Muar tak jumpa story yang boleh jadi breaking news...tak puas kerja kalau tak dapat front page," katanya.
Namun demikian, beliau akan sentiasa mengingati liputan kemalangan bas di Pagoh yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan enam yang lain pada 24 Disember lepas.
"Ia pengalaman baharu macam mana nak interviu keluarga mangsa dalam kesedihan dan mencari sudut laporan yang berbeza agar berita lebih menarik dari wartawan lain," kata Muliady mengingati detik menemuramah keluarga berkenaan di hospital.
Beliau juga tidak akan melupakan satu lagi tugasan yang menyentuh jiwanya apabila menemubual seorang ibu yang anaknya terkorban dalam peristiwa penembakan jatuh pesawat MH17 Penerbangan Malaysia di wilayah Ukraine pada 17 Julai 2014.
"Selepas interviu, mak arwah peluk (saya) sebagai tanda terima kasih ada media yang masih ingat anak dia," kata Muliady yang berkunjung ke rumah ibu tersebut di  Kampung Jayor, Pagoh pada Hari Raya.
Katanya, beliau juga akan merindui makanan dan tempat menarik di Muar setelah berpindah nanti.
"Satay dan botok-botok (ikan tenggiri yang dikukus dengan ulam)," katanya mengenai makanan yang diminatinya sejak tinggal di Muar.
Beliau juga menggemari 'Kopi 434' yang sering direkomenkannya kepada keluarga dan kenalan.
"Kopi ni special dan kaw, jual kat kedai 434 jer...buatan Muar, memang sedap," katanya.

No comments:

Post a Comment