Tuesday, 10 January 2017

Lanjut operasi untuk pengumuman FIFA...

Foto FIFA


Faiz Subri menang Anugerah FIFA Puskas bagi gol paling cantik 2016 di Zurich, Switzerland”.
Berita 'one-liner’ Bernama itu dikeluarkan pada 2.35 pagi ini sejurus selepas pengumuman dibuat pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).
Bernama melanjutkan operasi selepas 12 tengah malam bagi melaporkan keputusan Anugerah itu yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.
Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama memenangi anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary dan Real Madrid, Ferenc Puskas, yang beraksi cemerlang pada tahun 1950-an dan 60-an.
Subri Kader (baju biru) dan Saadiah Ishak (paling kiri)
Foto Bernama
Faiz menjaringkan “gol ajaib” itu melalui sepakan percuma ketika perlawanan     Pulau Pinang menentang Pahang dalam saingan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

"Secara jujur, ia tidak  pernah terlintas         di  fikiran saya bahawa  saya akan mencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan  pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini," katanya selepas menerima anugerah daripada bekas penyerang sensasi Brazil Ronaldo.

Foto Bernama
Faiz mengetepikan dua lagi finalis,     Johnath  Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela,              Daniuska  Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain handalan Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Cristiano Ronaldo turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016. 
Dalam keriangan menjelang pengumuman keputusan itu, Bernama turut membuat liputan di rumah keluarga Mohd Faiz di Kampung Pida 6, Tok Kepak di Ayer Hitam, Jerlun.
Kira-kira 300 penduduk kampung mula memenuhi perkarangan rumah itu sejak tengah malam tadi bagi mengikuti pengumuman melalui skrin layar yang dipasang di luar rumah bapanya, Subri Kader, 64.

Semakin ramai penduduk kampung dan sekitarnya memenuhi kawasan rumah pemain kelahiran Kedah itu sebelum pengumuman bersejarah itu diketahui pada kira-kira 2 pagi ini.

Mereka yang hadir turut dijamu dengan nasi lemak yang dimasak ibu Mohad Faiz, Saadiah Ishak, 55, bagi menghargai sokongan terhadap pemain berkenaan.

Foto Bernama 
Foto Bernama













Jurufoto Bernama turut berada di beberapa lokasi di ibu negara untuk merakamkan detik pengumuman itu.     


No comments:

Post a Comment