Cik Nor Faridah (lima dari kiri) bergambar bersama-sama warga PBA sejurus selepas pengumuman pelantikannya sebagai TKP PBE hari ini |
Pelantikan itu diumumkan oleh Bahagian Sumber Manusia hari ini.
Jawatan itu kosong berikutan persaraan wajib Encik Mikhail Raj Abdullah yang genap 60 tahun pada 5 Mei lepas.
Pengisian jawatan itu menjadi perhatian setelah temuduga diadakan bagi memilih penyandangnya dari kalangan 12 calon terdiri daripada semua editor gred S54.
Panel temuduga dipengerusikan Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh.
PBE merupakan antara tiga cabang Jabatan Pengarang selain Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) dan Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA), yang diketuai TKP masing-masing. Ketiga-tiga perkhidmatan bertanggungjawab kepada Ketua Pengarang.
Dengan kenaikan pangkat Cik Nor Faridah, PBA akan mendapat editor baharu.
Dengan kenaikan pangkat Cik Nor Faridah, PBA akan mendapat editor baharu.
No comments:
Post a Comment