Wednesday 17 December 2014

Latihan Kebakaran di Wisma Bernama

FotoBERNAMA
Seramai 289 kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjalani latihan menghadapi kebakaran di Wisma Bernama bermula pukul 3.08 petang ini.
Pegawai Informasi Pasukan Kecemasan (ERT) Bernama 2014, Hasni Farlina Abd Hasim berkata latihan itu dijalankan untuk memastikan pergerakan kakitangan dari bangunan Wisma Bernama ke tapak berkumpul lancar sekiranya berlaku kebakaran.
"Latihan ini dilakukan bagi mendidik semua kakitangan Bernama tentang perkara yang perlu mereka lakukan jika berlaku kebakaran sebenar," katanya.
Latihan yang berlangsung hampir setengah jam itu berakhir pada pukul 3.30 petang dan dibantu oleh 45 anggota jawatankuasa ERT Bernama 2014.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment