Monday 22 December 2014

Koperasi edar air bertenaga ...


FotoBERNAMA


Koperasi Bernama akan membantu FAMR Holdings untuk mempertingkatkan promosi dan publisiti ke atas produk F & A Cypress, air minuman alkali yang mengandungi 84 mineral.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani Pengurus Besar Bernama merangkap Pengerusi Koperasi BERNAMA Berhad Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarah Urusan Famr Holding Sdn Bhd, Siti Zaleha Abd Ghani di Wisma Bernama hari ini.
Turut hadir Ketua Biro Ekonomi Koperasi BERNAMA Berhad, Syed Khedher Ismail.
Datuk Zulkefli menyambut baik kerjasama itu kerana yakin khasiat air minuman syarikat berkenaan boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna. 
Siti Zaleha pula berkata syarikat itu berharap melalui kerjasama berkenaan, kedua-dua pihak dapat berkongsi air mineral (F&A) Cypress untuk semua.
“Koperasi Bernama boleh bantu dalam bentuk promosi dan beri info tertentu tentang bahan-bahan produk kita yang ada sekarang”. 
“Semua bahan-bahan ‘sunnah’ dalam air mineral tersebut telah dibuat kajian. Antaranya, garam Kristal Hunza, Amber(Getah) pokok Pine Cypress , daun  Cypress dan Al Manna, prebiotik semulajadi yang boleh memberi kesan positif kepada tahap kesihatan individu,” katanya.
Menurut Siti Zaleha, syarikatnya hanya mengeluarkan air minuman jenama F & A Cypress sahaja. Ditubuhkan kira-kira 4 tahun lepas, FAMR Holdings mempunyai kilangnya di Johor. 
Buat masa ini, harga pasaran bagi produk air mineral berkhasiat itu ialah RM4.50 sebotol.

Oleh Syed Khedher Ismail 

No comments:

Post a Comment