Friday 12 December 2014

Ishak dan Zul diraikan...



Majlis doa selamat diadakan bagi meraikan harijadi dua tunggak unit kenderaan saudara Zulkifli Kamal, 36, dan saudara Ishak Desa, 56 di Wisma Bernama pagi ini.
Majlis itu amat bermakna dengan kehadiran Datuk Yong Soo Heong, yang baharu bersara sebagai  pengurus besar pada 28 Okt lepas, serta Ketua Pengarang Datuk Zakaria Wahab.
Ishak berkata harijadinya jatuh pada 20 Disember tetapi majlis diadakan  awal kerana beliau akan bercuti.
Walaupun saya semakin berumur tetapi masih bersemangat untuk bekarja.
“Ini kerana saya sungguh seronok bekerja di Bernama ... ramai kawan termasuk dari peringkat atasan,” kata Ishak yang telah berkhidmat dengan Bernama selama 20 tahun.
Beliau mempunyai dua anak lelaki berumur 12 dan 22 tahun.
Zulkifli pula  yang genap 36 tahun dua hari lepas berkata perasaannya bercampur antara ‘best dan tidak best”.
“Yang best tu, saya rasa seronok diraikan oleh kawan-kawan, itu tandanya mereka ingat tarikh hari jadi saya.
“Yang tak bestnya, saya semakin tua,” kata bapa kepada tiga orang anak perempuan itu.
Anak sulungnya berusia 11 tahun, yang kedua, 9 tahun manakala yang bungsu, 2 tahun.
“Saya terharu dengan kehadiran Datuk Yong yang datang semata-mata untuk meraikan hari lahir saya,” kata Zul, yang menjadi pemandu kepada Datuk Yong sebelum beliau bersara Oktober lepas.
  

No comments:

Post a Comment