Monday 22 December 2014

Datuk Zul pengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan


Datuk Zulkefli Salleh pagi ini pertama kali mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bernama sebagai pengurus besar sejak pelantikannya diumumkan 9 Disember lepas.
Beliau antara lain meminta anggota jawatankuasa merenung apa yang telah Bernama lakukan pada tahun 2014 serta memberikan cadangan untuk menjadikan Bernama lebih baik dari segala segi – kewangan, pendapatan, produk dan nama.
Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Lembaga Pengelola Bernama bersetuju agar tempoh menunggu bagi permohonan pinjaman komputer disingkatkan dari tiga tahun kepada enam bulan dari tarikh pembayaran terakhir.
Had pinjaman motosikal juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 berkuatkuasa serta-merta.
Kedua-dua cadangan itu dikemukakan oleh Kesatuan Pekerja-pekerja Bernama semasa mesyuarat Majlis Bersama Jabatan dengan pihak pengurusan.
Lembaga Pengelola juga bersetuju membenarkan petugas komersil memberikan notis sebulan untuk menamatkan perkhidmatan berbanding tiga bulan sekarang. 

No comments:

Post a Comment