Wednesday 17 December 2014

Bernama Menang Dua Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2014


FotoBERNAMA

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi kategori 'Media' manakala wartawannya Syed Iylia Harris Al-Qadri Syed Izman menang kategori 'Wartawan' sempena Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2014 di Putrajaya malam ini.
Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur pula memenangi Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysia LNG Sdn.Bhd., Bintulu, Zakaria Kasah, pula memenangi Anugerah CEO Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Anugerah Komunikasi disandang oleh Astro Malaysia Holdings Bhd., manakala Anugerah Pengangkutan dimenangi oleh Awam Inspirasi Sdn Bhd (Lapangan Terbang Miri).
FotoBERNAMA
Turut menerima anugerah ialah Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd. dari Perak, (Perlombongan dan Penguarian) dan Genting Plantations Bhd., (Genting Sepang Estate) Selangor (Pertanian).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menyampaikan anugerah  kepada 20 pemenang pelbagai kategori anugerah itu, anjuran Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan.
Wartawan Bernama di Putrajaya, Puan Ayu Dalita mewakili Bernama untuk menerima anugerah kategori ‘Media’.
Anugerah pelbagai kategori itu bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pihak industri, tokoh, ketua pegawai eksekutif, media dan organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment