Tuesday 23 December 2014

Bernama Radio24 dan Radio China International jalin kerjasama...


Bernama Radio24 dan China Radio International akan meneruskan kerjasama menempatkan wakil di stesen masing-masing dalam menjalin hubungan erat antara kedua-dua negara.
Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan delegasi CRI diketuai Timbalan Pengarah Pusat Penyiaran Asia Tenggara merangkap Pengarah Perkhidmatan Bahasa Melayu Puan Zhang Wenwen dengan Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh di Wisma Bernama hari ini.
Zhang berkata kerjasama yang bermula pada tahun 2009 itu membuka jalan kepada pertukaran penempatan pegawai setahun kemudian.
Memandangkan banyak kebaikan diperolehi kedua-dua pihak, wajar usaha itu diteruskan.
“Kita sama-sama menghadapi cabaran media baru….kami pun kini berusaha menyiarkan berita yang lebih pendek, mesra pengguna,” katanya yang mengetuai delegasi empat orang.
Ditubuhkan pada tahun 1941, CRI mempunyai lapan bahagaian bahasa termasuk bahasa Melayu, Indonesia, Vietnam dan Thai.
Zulkefli berkata kerjasama itu membolehkan Bernama Radio24, yang baru berusia tujuh tahun, mempelajari banyak aspek daripada sebuah stesen berpengalaman.
Memorandum persefahaman yang baharu sedang diteliti untuk ditandatangani tahun depan.

No comments:

Post a Comment