Wednesday 5 November 2014

Satu dalam seribu...



Seminggu sudah berlalu...Selasa lepas adalah tarikh persaraan Datuk Yong Soo Heong, Pengurus Besar Bernama.
10 tahun lebih saya berkhidmat untuk Datuk sebagai Pembantu Khas beliau..
10 tahun yang tak terasa masa berlalu begitu pantas...10 tahun yang meninggalkan kenangan yang manis2 belaka untuk dikenang, 10 tahun yang mengajar saya begitu banyak perkara..Segala-galanya akan terpahat dalam ingatan seumur hidup saya.
Datuk, you're the best boss ever...sebaik-baik insan yang saya kenal. Perasaan sedih saya bukan saya seorang yang rasa malah anak2 dan keluarga saya turut sedih kerana mereka begitu mengenali Datuk melalui cerita-cerita saya.
Sebelum Datuk tamat perkhidmatan baru2 ini..beliau ada hadiahkan saya sampul merah, anak saya berkata..kalau mama boleh pilih duit ini dengan boss yong, mesti mama pilih boss yong kan...seakan mengerti perasaan saya kerana boss yong mama tak dapat dinilaikan dengan apa2.
Tiada kata dapat digambarkan perasaan, walaupun patah tumbuh hilang berganti..tapi yang berganti itu takkan sama kerana yang hilang itu adalah satu dalam seribu.

Wan Suriani Wan Hassan

No comments:

Post a Comment