Tuesday 4 November 2014

Memahami GST...



Menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) pada tahun hadapan, Pusat Kecemerlangan Bernama mengambil langkah proaktif menganjurkan taklimat mengenainya dengan sokongan National Communication Team, Jabatan Perdana Menteri.  
Taklimat disampaikan oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Puan Maria Madel yang dihadiri hampir 70 wartawan dan pegawai kanan Bernama. Turut hadir 30 wartawan dari Berita Publishing dan Rakyat Pos serta beberapa pegawai kastam.
Kenapa GST diperkenalkan? Menurut Maria, ia bertujuan menstrukturkan sistem pencukaian Negara dan menjadikan sumber pendapatan negara lebih stabil.
Tidak kira ekonomi berada dalam keadaan baik atau tidak, kita masih guna (consume).
Beliau memberi contoh,sebelum ini, jika sesebuah syarikat memperolehi keuntungan, ia dikehendaki membayar cukai tetapi jika mengalami kerugian, syarikat dikecualikan dari membayar.
Apabila CBP dilaksanakan, ‘consumption tax’ hanya dikenakan ke atas syarikat yang telah memperolehi ‘accumulated sales’ melebihi RM 500,000 setahun (dari Januari hingga 31 Disember).
“Burden to proof lies on you” kata Maria. Mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan tetapi didapati tidak mempunyai bukti (rekod jualan) ketika diaudit kelak,  akan dikenakan cukai.
Dalam pada itu, isu mengenai ‘black economy’ di mana syarikat–syarikat yang masih belum berdaftar juga dapat ditangani  segera.
“Those illegal (companies) will resurface” (dengan itu) mereka perlu berdaftar. Mereka kena patuh undang-undang” kata Maria. 
“Dengan perlaksanaan GST nanti, ia kelihatan lebih efisyen, lebih mesra pelanggan dan lebih jelas supaya orang tahu kita bayar cukai,” katanya. 
Satu lagi contoh yang diberikan oleh Maria ialah berkaitan telefon bimbit. Persepsi umum menganggap harga produk tersebut dijangka naik menjelang GST dilaksanakan.
Justeru, ramai akan segera membelinya. Bagaimanapun, setelah  cukai CBP diperkenalkan, berkemungkinan harga barangan itu menjadi rendah berbanding sebelum CBP diperkenalkan kerana ia bergantung ke atas ‘permintaan dan tawaran’ (demand & supply’). Ini boleh menfaatkan pembeli.
Satu lagi kelebihan GST ialah ia tidak membebankan mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti di pasar malam.
Tumpuan lebih ke pada golongan ‘retailer’ atau ‘orang tengah’ yang menjalankan perniagaan  itu.
“Bayangkanlah kalau petani atau nelayan nak dikenakan cukai…tentu sekali ia tidak akan berlaku)” Tetapi jika perniagaan mereka menjadi maju.. ‘hello’ ..(tibalah masa untuk membayar cukai)” kata Maria.
Setakat 3 Nov, sebanyak 120,354 syarikat telah berdaftar untuk GST. Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 140,000 syarikat terlibat dalam pendaftaran GST.  
Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, selaku Pengerusi National Communication Team, berharap taklimat tersebut membantu editor dan wartawan dari pelbagai media untuk memahami isu-isu berkaitan dengan GST.
“I hope by now, you are able to explain better,” katanya.

Laporan dan foto oleh Syed Khedher Ismail

No comments:

Post a Comment