Friday 14 November 2014

JPA harap Bernama beri publisiti seminar psikologi antarabangsa ..



Lapan anggota Akrab Bernama diketuai Timbalan Pengerusi, Puan Sharifah Zaini Syed Zain berkunjung ke Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya petang ini untuk meneruskan program “networking”.
Kedatangan mereka disambut Timbalan Pengarah bahagian itu Dr Abdul Jalil Hassan, yang tidak lama dulu mengetuai pasukan kaunselor bagi membantu keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.
Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah bahagian itu Encik Sadli Osman.
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk kemungkinan JPA mendapatkan kerjasama Bernama bagi seminar psikologi media antarabangsa yang akan dianjurkan tahun depan.
Ketua Penyunting Meja Penyuntingan Bahasa Malayu Perkhidmatan Berita Dalam negeri (PBDN), Hajah Rohana Mustaffa berkata seminar itu dirancang untuk diadakan di Terengganu.
“Kebetulan kunjungan kita, mereka minta kerjasama beri publisiti nanti.
“(Seminar ini) Lebih kepada bagaimana teknologi memberi kesan kepada tanggapan penerimaan manusia, interpretasi mereka, respons dan berinteraksi dalam dunia media yang besar  dan luas sekarang,” katanya.
Lawatan ke JPA itu merupakan susulan kepada lawatan ke Akrab Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada  10 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment