Sunday 9 November 2014

Sambutan warna-warni Deepavali...


FotoBERNAMA

Sambutan Malam Warna Warni Deepavali Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 2014 anjuran kakitangan berketurunan India diadakan di sebuah hotel di ibu negara malam ini.
Kira-kira 150 orang kakitangan berketurunan India serta anggota keluarga mereka menghadiri majlis itu bertujuan meraikan sambutan Deepavali dan merapatkan hubungan sesama kakitangan dengan pihak atasan.
Majlis itu diisi dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh kakitangan BERNAMA, sambil tetamu dihidangkan dengan makanan tradisional India seperti tosai, capati dan maruku.
Tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan yang juga Naib Presiden MIC.
Dalam ucapannya, beliau menyarankan kepada pengamal media agar lebih memberi fokus kepada penulisan berbentuk fakta berbanding penulisan secara persepsi.
Ini kerana cabaran teknologi pada hari ini memerlukan pengamal media lebih kreatif dan bersaing dengan media baharu yang lain, katanya.
"Kita tahu, untuk menghasilkan berita terbaik sekarang pengamal media perlu berhadapan pelbagai cabaran, jadi fokus kepada fakta, bukan berita sensasi," katanya.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Datuk Zakaria Abd Wahab.
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment