Friday, 19 May 2017

Mensyukuri Sambutan Ulangtahun Jubli Emas Bernama...

Warga Jabatan Pengarang Tingkat 6 Wisma Bernama petang ini mengadakan jamuan kesyukuran sempena sambutan Ulangtahun Bernama ke-50.
Selain Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) yang turut mengandungi Meja Bahasa Arab, kakitangan Jabatan Pengarang yang ditempatkan di tingkat itu ialah dari Meja Rencana dan Meja Bahasa Mandarin.
Belon-belon berwarna hitam dan emas menyerikan suasana bilik berita itu.
Timbalan Ketua Pengarang PBA Ahmad Zukiman Zain berkata majlis itu sebagai permulaan kepada sambutan Ulangtahun ke-50 Bernama yang akan diadakan secara besar-besaran Isnin depan.
"Majlis ini untuk bersama-sama mensyukuri nikmat yang kita perolehi dan juga bergembira dengan sambutan ulangtahun kita yang ke-50.
"Pastinya saya mengharapkan agar Bernama terus maju, dihormati dan dapat terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara," katanya ketika diwawancara oleh Bernama News Channel (BNC).
Editor PBA Cik Nor Faridah Abdul Rashid berharap Bernama akan terus mengekalkan reputasi sebagai antara agensi berita yang terkemuka di rantau ini.
"Saya harap Bernama akan terus bersinar dan kami mendapat banyak ucapan tahniah daripada duta-duta dan pesuruhjaya tinggi asing yang inginkan Bernama menjadi agensi berita yang reputable, trustful dan itu juga harapan saya," katanya kepada BNC.
Puan Salbiah Said dari Bahagian Portal pula berkata sambutan ulangtahun ini adalah paling meriah yang Bernama pernah adakan.
"Kalau setelah 50 tahun, Bernama masih berada dalam industri ini, saya rasa banyak pencapaian yang telah dilalui oleh Bernama sehingga kini," kata Salbiah yang terus berkhidmat dengan Bernama setelah bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi.







No comments:

Post a Comment