Monday, 22 May 2017

Bernama Hargai Petugas, Pelanggan Setia...

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memberikan anugerah khas kepada petugas dan pelanggannya yang setia sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Bernama ke-50 di Dewan Perdana Felda malam ini.
Sebanyak 19 individu menerima Anugerah Khas – Khidmat Setia termasuk pengurusan tertinggi Bernama.


Pada masa sama, 18 pelanggan Bernama turut menerima Anugerah Khas (Pelanggan Setia Bernama (Media) iaitu akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, The New Straits Times, BH, Utusan Melayu, Sabah Publishing, The Star, RTM, Malay Mail, Asia Times, Sin Chew, Kwong Wah Yit Poh, See Hua Daily News, Borneo Post, Eden Value, Tribune Press dan Media Corp Singapura.


Bernama turut memberikan Anugerah Khas Pelanggan Setia Bernama (Bukan Media) kepada 18 penerima iaitu Kedutaan Jepun di Malaysia; Ambank; Kementerian Luar; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Indah Water Konsortium Sdn Bhd; Kementerian Kesihatan; Takaful Ikhlas; Bank Kerjasama Rakyat; Persatuan Pengguna Islam Malaysia; iProperty.com; Pos Malaysia Berhad; Felda; Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA); Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia; Yayasan IJN; Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor dan Yayasan Bank Rakyat.


Anugerah itu merupakan antara tujuh anugerah yang diberikan Bernama selain Anugerah Khas (Pencipta Logo Bernama), Anugerah Khas (Jasamu Dikenang), Anugerah Khas (Sumbangan Khusus) dan anugerah khas kepada lima bekas petugas Bernama yang menempa kejayaan. 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment