Bangga?
Atau mungkin seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak 'meremang bulu roma'?
Berikut
coretan pengalaman Zuriati Zulmi
yang diberi amanah membuat liputan sambutan hari paling bersejarah dalam
kalender tahunan mana-mana jua negara.
“Ini
kali ketiga saya buat liputan hari kebangsaan tapi kali ini memang jauh
berbeza.
Tema
dan semangat tu memang rasa lain, betul macam PM cakap ‘meremang bulu roma’.
(“Malaysiaku
Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema sambutan tahun ini)
Sebelum-sebelum
ini tema banyak kepada politik sikit tapi kali ini memang betul-betul
menimbulkan semangat patriotik di kalangan rakyat.
Ini
terutama apabila melihat aset-aset ketenteraan dan anggota keselamatan kita
yang nampak segak, kemas, bergaya, gagah, berani dan bersemangat.
Memang
rasa negara kita selamat di bawah jagaan mereka. walaupun kita pernah diceroboh
tapi dengan kekuatan dan semangat yang ditunjukkan, memang menimbulkan
keyakinan negara kita mampu dipelihara kedaulatannya selagi ada anggota
keselamatan yang berani seperti mereka.
Memang
tahun ini, rasa excited sikit sebab sudah dimaklumkan dalam media yang tentera
akan mempamerkan semua aset ketenteraan dan anggota pasukan keselamatan yang
lain pun tidak ketinggalan.
Memang
terkesima juga lah bila tengok kelengkapan yang kita ada.
Macam
bomba dan penyelamat tu, kita biasa nampak kereta bomba dan tangga tinggi saja kan...rupa-rupanya ada banyak lagi
jentera termasuk yang digunakan untuk mengendalikan bahan kimia. (saya dengar
announcer tu cakap), memang terkejut.
Aset
ketenteraan tu memang paling mengkagumkan sebab memang kita tak tahu
sangatkan..kita cuma tahu perkara-perkara asas sahaja...
Persembahan
yang menyentuh hati semua orang tu pun memang lain dari yang lain.
Yang
tu memang membangkitkan semangat bahawa kita sebagai rakyat biasa pun perlu
menjaga kedaulatan negara supaya tidak lagi diperkotak-katikkan oleh pihak yang
nak ambil kesempatan.
Sebenarnya,
kalau kita jadi peserta yang buat persembahan atau acara perbarisan,
semangatnya lagi lain.
Dulu
masa zaman sekolah saya pernah lah sertai pasukan kawad tu masa hari
kemerdekaan…memang semangatnya sampai tak leh tidur malam.”
Zuriati Zulmi
No comments:
Post a Comment