Friday, 2 August 2013

Nasi tomato Puncak Niaga ....



Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosialnya, Puncak Niaga hari ini menyumbang 400 bungkusan makanan berbuka puasa untuk warga  Bernama.
Pengurus kanan Jabatan Perhubungan Awamnya, Encik Zailani Ahmad berkata sumbangan istimewa ‘nasi tomato’ itu turut diberi kepada beberapa organisasi media lain sempena Ramadan.
“Puncak Niaga ni bukan nak berniaga sahaja tetapi kena juga beribadat di bulan Ramadan.
“Harapan kami agar kita dapat terus menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang,” katanya.
Bernama sebenarnya bukan asing bagi Zailani kerana beliau pernah berkhidmat sebagai stringer di Muar.
“Ketika itu (Datuk) Othman (Mohamad) menjadi ketua biro,” katanya mengimbau kenangan.  Datuk Othman kini Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.
Bernama sentiasa dekat di hati Zailani kerana ia merupakan tempat pertama beliau bekerja setelah tamat pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UITM).
“Selepas setahun dengan Bernama, saya meniti perjalanan suratkhabar dari satu tempat ke satu tempat bermula dengan Utusan, kemudian Berita Harian dan seterusnya dengan The Star.”
Beliau berhenti daripada akhbar itu untuk berniaga sebelum menyertai Puncak Niaga beberapa tahun kemudian.








No comments:

Post a Comment