Bagi
para petugas Jabatan Pengarang, bekerja pada Hari Raya sudah menjadi kebiasaan.
Tidak
ada istilah “tutup pejabat” bagi organisasi media seperti Bernama yang
beroperasi tanpa henti sejak memulakan perkhidmatan pada 20 Mei, 1968.
Sama
ada cuti umum untuk perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau hari kelepasan am yang lain, operasi pemberitaan perlu diteruskan.
Apatah
lagi keluarga Bernama kini berkembang dengan adanya perkhidmatan radio dan
televisyen.
Jurufoto
Zulkarnain Kamaruddin, 40, adalah antara petugas yang “sudah lali” bekerja
semasa Hari Raya.
Tahun
lepas, beliau dan ketua biro Pulau Pinang Azeman Ariffin ditugaskan membuat
liputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri sidang kemuncak
luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Makkah, yang berlangsung pada 26
dan 27 Ramadan.
Setelah
Perdana Menteri kembali ke tanahair, barulah mereka boleh pulang.
“Saya
masih ingat pesawat kami mendarat di KLIA pada pukul 12.30 tengah hari 1
Syawal,” kata Zulkarnain, yang menyertai Bernama pada tahun 2003 sebagai
jurukamera Bernama TV.
Beliau sebelum itu berkhidmat dengan TV3, Metrovision dan
Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Rakannya
Shahrizan Jefri Aziz, 33, juga tidak berasa apa-apa jika perlu bertugas pada
Hari Raya.
“Kata
orang, alah bisa, tegal biasa…tak ada nak nangis atau sedih
“Kita
dah set mind, tahun ini kita kerja, jadi tak ada apalah, ,” kata
Shahrizan yang sudah berkhidmat dengan Bernama selama 10 tahun.
Malahan,
ada juga seronoknya beraya di pejabat kerana masing-masing membawa kuih muih,
ketupat dan lain-lain untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang bertugas,
Suasana
bertambah meriah dengan pakaian baju Melayu yang beraneka warna, kata Shahrizan
yang berasal dari Tambun, Perak
Ketua
Unit Foto Haji Mustaza Mohd Yusoff berkata tidak susah bagi beliau
mempastikan tenaga kerja yang mencukupi
semasa Hari Raya.
“Ini
disebabkan adanya amalan 2 team (pasukan) – Team A dan Team B.
“Kalau Team A bekerja tahun ini, mereka akan bercuti tahun depan manakala
Team B pula yang bekerja.
Setiap
pasukan mempunyai 12 atau 13 orang,
kata Mustaza, yang memulakan sistem itu pada tahun 2006 apabila dilantik
mengetuai unit itu.
"Petugas yang baru bertukar balik ke ibu pejabat dari negeri, automatik tahu yang dia kena bekerja pada Hari Raya tahun itu," katanya.
Liputan
pada hari Raya biasanya merangkumi solat Aidilfitri dan rumah terbuka serta
human interest seperti bayi yang baru dilahirkan dan stand-by kejadian
seperti kemalangan jalanraya, kebakaran dan jenayah.
No comments:
Post a Comment