Berhari raya di kampung mudah mencuit perasaan khususnya
bagi mereka yang lama merantau.
Kenangan zaman kanak-kanak malahan semasa remaja
menyambut 1 Syawal bersama-sama keluarga
dan rakan sebaya dapat mententeramkan jiwa.
Ketika itu, Facebook dan internet langsung tidak dapat dibayangkan dan amalan kunjung mengunjungi rumah rakan sebaya lebih
agresif menggunakan tenaga – berbasikal, berjalan kaki dan menaiki bas.
“Sesungguhnya banyak kenangan singgah dalam kesyahduan
Syawal,” kata Puan Melati Arieff, penulis rencana Bernama yang gigih.
Beliau membuat catatan itu dalam ruangan Facebook Ketua
Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, yang pulang berhari raya di Kedah.
Bagi
seseorang yang sentiasa ‘berurusan’ dengan ‘hard
news’, jiwa puitis Datuk Zulkefli amat terserlah dengan nukilan berikut:
“Tetiba
aku terkenang belas tahun bantu ibu kacau dodol kesukaannya pd senja Syawal.
Kini kawah dodolmu diam tertangkup dah 10 thn. Karatnya semakin menebal. Kayu
pengacau bertaji besi tergantung kaku, sekaku batu nisan di pusara mu. Kebok
laksa dari tembaga buatan kesayanganmu naik hijau sebam disaluti oksida,
sehijau rumput di kuburmu. Aku rindu pd bahang api, pd titisan keringat
ditubuhku..tanda kasih, bakti.”
No comments:
Post a Comment