Saturday, 24 August 2013

Kemeriahan menempuh alam perkahwinan...


"Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami memohon restuMu, Berkatilah majlis kami ini, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.
Amin Ya Rabbal A’lamin."
Doa ini terkandung dalam kad undangan Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh dan isteri Datin Ruhiza Hashim untuk majlis perkahwinan dua putera mereka Mohd Ezamir dengan Noorina Mohd Zaki dan Azrul Zaid dengan Tengku Najwa Akmal Tengku Mohammad Shah.
Majlis bertempat di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak di Jalan Bukit Bintang itu amat meriah.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada para hadirin, Datuk Zul sekeluarga jelas gembira dengan kedatangan bukan sahaja sanak saudara tetapi juga sahabat handai.

Selain Datuk Azman Ujang, dua lagi mantan pengurus besar -- Datuk Syed Jamil Jaafar, kini penasihat Bernama Radio24 dan Datuk Hasnul Hassan serta isteri masing-masing turut hadir.
Mantan Editor Eksekutif Encik Zainoor Sulaiman, yang baru melangsungkan pernikahan pada 11 Ogos lepas setelah menduda lebih tiga tahun, hadir bersama isteri Puan Nur Hamisah Ahmad.
Satu catatan dalam WhatsApp Bernama ED-Team mengenai majlis yang meriah itu menyatakan: “Nama Tun Razak dan Tun Rahah diabadikan dalam gerbang perkahwinan dua beradik dengan pasangan masing-masing. Semoga beroleh cahayamata yang hebat seperti Datuk Seri Najib Tun Razak”.

No comments:

Post a Comment