“Tak dapat nak gambarkan
betapa seronoknya perasaan kerana majlis-majlis seperti  ini memberi kesempatan untuk berjumpa
kawan-kawan lama selain keluarga dan sanak saudara,” katanya.
Nurizzati, anak sulungnya  yang kini bertugas dengan Infolib Bernama, memilih
Mohd Hafiz Rasid, jejaka  dari Pasir Mas,
Kelantan sebagai pasangan hidup.
Majlis perkahwinan akan diadakan
di Kompleks Sukan Dato' Keramat, Jalan Dato' Keramat, Kuala Lumpur.
Mengikut aturcara majlis, jamuan
makan dari 11.30 pagi hingga 4 petang manakala majlis bersanding pukul 1.30
petang.
Awal dan isterinya Khairiyah
Ab.Rahman memilih  dewan itu untuk mengadakan
majlis berkenaan kerana ia mudah dicari oleh  sanak saudara dan rakan taulan.
Beliau menyertai Bernama pada
tahun 1998 ketika perkhidmatan AV baru ditubuhkan.  
Sebelum itu , Awal  telah berkhidmat selama 14 tahun di TV3.
“Mungkin ada yang tertinggal
dan  tak sempat saya nak bagi kad
jemputan tapi silalah datang.
“Kalau ada kawan-kawan yang baca
blog ini, datanglah.
“Kawan-kawan lama ni penting,  inilah masa untuk kita berjumpa semula…tambahan
pula  dalam suasana Hari Raya,” kata
Awal. 
No comments:
Post a Comment