Thursday 25 September 2014

Zaki juarai pertandingan video patriotik Bernama




















Zaki, yang muncul juara, berkata beliau tidak menjangka kemenangannya itu  kerana idea untuk klip pertandingan tersebut timbul di saat akhir.
“First time saya dapat tahu, tarikh tutup pertandingan dah hampir tamat,” katanya.
“Semasa balik kampung, saya dapat ilham dan buat penggambaran di belakang rumah sehinggakan bapa saya bertanya: kau buat apa ni?”
Katanya, beliau pergi ke Bukit Kepong, yang tidak jauh dari kampungnya, untuk menggunakan kereta perisai bagi menambah impak dalam klip videonya
Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh, selaku ketua juri, berkata ada penyertaan yang kreatif namun tidak dapat diterjemahkan dengan baik.
“Niat tu ada tetapi mungkin disebabkan keterbatasan seperti kamera, ia tidak dapat diterjemahkan,” katanya.
Ada beberapa video yang kreatif menyebabkan sengit bagi juri memilih pemenang.
“Selaku pengerusi juri, yakinlah juri telah membuat pemilihan seadil-adilnya.
“Terimalah keputusan dengan hati terbuka kerana tujuan pertandingan ialah untuk bersama-sama merayakan kemerdekaan negara dan menggalakkan warga Bernama untuk berkreatif,” katanya.
Beliau mencadangkan kepada para pemenang agar memuatkan entri kemenangan mereka dalam Youtube.
“Kita nak tengok sama ada ia boleh viral atau tidak,” katanya.
Sebanyak 18 penyertaan diterima yang diadili berdasarkan suara, kreativiti, penghayatan lagu dan latar belakang persembahan.
Hadiah-hadiah kepada tiga pemenang utama dan lima saguhati disampaikan oleh Datuk Zulkefli.

No comments:

Post a Comment