Thursday 11 September 2014

Tahniah Haji Abdul Rahman …


Tahniah kepada Ketua Editor Tugasan Bernama TV Haji Abdul Rahman Ahmad atas penganugerahan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam yang disambut pada 7 Jun lepas.
Istiadat pengurniaan pingat dan darjah kebesaran disempurnakan oleh Tuanku Abdul Halim di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur  hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu.
Abdul Rahman adalah antara 69 penerima pingat AMN kali ini.

Ini merupakan pingat Persekutuannya yang pertama setelah dua kali menerima pingat negeri ketika berkhidmat di Terengganu (Pingat Jasa Kebaktian - PJK) dan Melaka (Bintang Khidmat Terpuji - BKT).
"Debarlah jugak sebab takut kalau buat silap langkah...Alhamdulillah all went well," kata Abdul Rahman yang ditemani isteri Hajah Raihanah Abdullah.
Penganugerahan pingat itu akan mendorongnya untuk bekerja lebih gigih.
"I take it as a recognition to my usaha. Never thought my work had been appreciated.
Definitely the AMN somehow synergise my will power to work harder. I am grateful to whoever had proposed me for the AMN," katanya.   
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendahului senarai 250 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat pada istiadat hari ini.
Beliau merupakan penerima tunggal Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

1 comment: