Menteri Komunikasi dan
Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dan isteri Datin Seri Che Sharipah
Ismail malam ini menghadiri majlis perkahwinan wartawan Bernama Yasmin Ahmad
Zukiman dan pasangannya Ahmad Syahir Izani Tajodin di Dewan Merak Kayangan,
Balai Felda di Kuala Lumpur.
Pengerusi Bernama Datuk
Abdul Rahman Sulaiman dan isteri Datin Maznah Adam serta Ketua Pengarang
Datuk Zulkefli Salleh, yang kini menjalankan tugas sebagai Pengurus Besar dan
isteri Datin Ruhiza Hashim turut hadir.
Datuk Yong Soo Heong, yang
baharu bersara sebagai Pengurus Besar, para pegawai kanan Bernama serta tiga
bekas Pengurus Besar – Datuk Hasnul Hassan, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Syed
Jamil Jaafar, yang kini penasihat Bernama Radio24, turut hadir.
Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Datuk Dr Rothiah Omar,
bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimudin Mohd Dom dan Presiden
Majlis AIDS Malaysia Tan Sri Zaman Khan dan isteri Puan Seri Rosnah Ahmad turut
memenuhi undangan bapa pengantin perempuan Ahmad Zukiman Zain, yang juga
Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa.
Dalam ucapannya selaku ‘tuan
rumah’, Ahmad Zukiman berkata dalam
kegembiraan meraikan pasangan pengantin, majlis itu bertujuan menunaikan hajat
insan yang beliau dan anak-anak amat sayangi.
“Biarpun Allahyarham isteri
saya Hajah Mariam Abdullah tidak sempat
bersama kita menyaksikan detik bermakna ini, namun semangat dan kasih sayangnya
dapat saya rasai di segenap ruang dewan ini," katanya.
Beliau lalu mengajak hadirin menghadiahkan al-Fatihah kepada Hajah Mariam, yang kembali ke Rahmatullah pada 1 September lepas.
Beliau lalu mengajak hadirin menghadiahkan al-Fatihah kepada Hajah Mariam, yang kembali ke Rahmatullah pada 1 September lepas.
“Hasratnya untuk menyatukan
Yasmin dan Shah termakbul apabila majlis akad nikah dilaksanakan pada 4 Oktober
lalu.
“Kami mendoakan agar kasih sayang
dan kebahagiaan yang kami kecapi akan diwarisi pula oleh anak dan menantu
kami dalam mereka melangkah membina keluarga.
“Memanglah adat orang
bersuami isteri banyak asam garamnya, pahit manis seharusnya sama dirasa, namun
pengalaman inilah yang menjadikan kita lebih tabah serta saling menghargai dan memerlukan,”
kata Ahmad Zukiman.
No comments:
Post a Comment