Menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(CBP) pada tahun hadapan, Pusat Kecemerlangan Bernama mengambil langkah proaktif
menganjurkan taklimat mengenainya dengan sokongan National Communication
Team, Jabatan Perdana Menteri.
Taklimat disampaikan oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam,
Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Puan Maria Madel yang dihadiri hampir 70
wartawan dan pegawai kanan Bernama. Turut hadir 30 wartawan dari Berita
Publishing dan Rakyat Pos serta beberapa pegawai kastam.
Kenapa GST diperkenalkan? Menurut Maria, ia bertujuan menstrukturkan
sistem pencukaian Negara dan menjadikan sumber pendapatan negara lebih stabil.
Tidak kira ekonomi berada dalam keadaan baik atau tidak,
kita masih guna (consume).
Beliau memberi contoh,sebelum ini, jika sesebuah syarikat
memperolehi keuntungan, ia dikehendaki membayar cukai tetapi jika mengalami
kerugian, syarikat dikecualikan dari membayar.
Apabila CBP dilaksanakan, ‘consumption tax’ hanya dikenakan
ke atas syarikat yang telah memperolehi ‘accumulated sales’ melebihi RM 500,000
setahun (dari Januari hingga 31 Disember).
“Burden to proof lies on you” kata Maria. Mana-mana
syarikat yang menjalankan perniagaan tetapi didapati tidak mempunyai bukti
(rekod jualan) ketika diaudit kelak, akan dikenakan cukai.
Dalam pada itu, isu mengenai ‘black economy’ di mana
syarikat–syarikat yang masih belum berdaftar juga dapat ditangani segera.
“Those illegal (companies) will resurface” (dengan itu)
mereka perlu berdaftar. Mereka kena patuh undang-undang” kata Maria.
“Dengan perlaksanaan GST nanti, ia kelihatan lebih
efisyen, lebih mesra pelanggan dan lebih jelas supaya orang tahu kita bayar
cukai,” katanya.
Satu lagi contoh yang diberikan oleh Maria ialah
berkaitan telefon bimbit. Persepsi umum menganggap harga produk tersebut
dijangka naik menjelang GST dilaksanakan.
Justeru, ramai akan segera membelinya. Bagaimanapun,
setelah cukai CBP diperkenalkan,
berkemungkinan harga barangan itu menjadi rendah berbanding sebelum CBP diperkenalkan
kerana ia bergantung ke atas ‘permintaan dan tawaran’ (demand & supply’). Ini
boleh menfaatkan pembeli.
Satu lagi kelebihan GST ialah ia tidak membebankan mereka
yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti di pasar malam.
Tumpuan lebih ke pada golongan ‘retailer’ atau ‘orang
tengah’ yang menjalankan perniagaan itu.
“Bayangkanlah kalau petani atau nelayan nak dikenakan
cukai…tentu sekali ia tidak akan berlaku)” Tetapi jika perniagaan mereka
menjadi maju.. ‘hello’ ..(tibalah masa untuk membayar cukai)” kata Maria.
Setakat 3 Nov, sebanyak 120,354 syarikat telah berdaftar
untuk GST. Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 140,000 syarikat terlibat
dalam pendaftaran GST.
Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, selaku
Pengerusi National Communication Team, berharap
taklimat tersebut membantu editor dan wartawan dari pelbagai media untuk
memahami isu-isu berkaitan dengan GST.
“I hope by now, you are able to explain better,” katanya.
Laporan dan foto oleh Syed Khedher Ismail
No comments:
Post a Comment