FotoBERNAMA |
Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nikon (M) Sdn Bhd dan Delta Maintenance
Services Sdn Bhd hari ini memeterai kerjasama dalam latihan bidang fotografi.
Menerusi penjanjian itu, Bernama menawarkan khidmat tenaga pengajar sementara Nikon menyumbangkan peralatan fotografi dan Delta pula menyediakan fasiliti kursus.
Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata organisasi itu berharap dapat membantu melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang fotografi tanah air.

"Peserta
kursus akan mendapat ilmu daripada jurugambar yang sudah berpengalaman berpuluh
tahun dalam mengendalikan pelbagai jenis kamera.
"Ini memberi peluang kepada mereka mendapat ilmu yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang," katanya selepas majlis itu.

Beliau mewakili Bernama menandatangani
perjanjian tersebut bersama Pengarah Urusan Delta Maintenance Mohd Tarmizi
Shamsi dan Pengurus Besar Pemasaran Nikon Ng Choon Yiak.
Mohd Tarmizi pula berkata fasiliti mereka mampu menampung sehingga 100 peserta pada satu-satu masa dan program selama empat bulan itu terbuka kepada peserta tempatan serta luar negara.
Untuk peserta luar negara, mereka akan dikenakan yuran US$5,000 manakala bagi peserta tempatan pula masih dalam penelitian, katanya.
"Kami menawarkan tiga kategori khursus meliputi golongan profesional, pelajar institut pengajian tinggi dan orang ramai bagi mengasah bakat.
"Pengambilan pertama adalah pada 24 Nov ini membabitkan peserta dari Brunei, dan pada masa yang sama kami telah mengenal pasti dua universiti tempatan iaitu Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia untuk turut menyertai kursus tersebut," katanya.
Sementara itu Ng berkata usaha tersebut seiring dengan objektif Nikon dalam mempromosi bidang fotografi di Malaysia.
Katanya memiliki kemahiran fotografi merupakan asas utama dalam merakam gambar yang baik serta memenuhi keperluan pelanggan.
"Keperluan pengguna tidak boleh dipenuhi tanpa kemahiran ini, tidak kira betapa canggihnya teknologi," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment