Apakah
yang anda impikan? Sebuah rumah banglo? Atau kereta Mercedes? Atau mempunyai
wang yang banyak?
Semuanya
boleh tercapai jika anda sentiasa bayangkan (visualize)
impian anda, menurut Pengasas dan Pangarah Eksekutif Tha Malaysia Book Of
Records Tan Sri Danny Ooi .
“Tengok
Perdana Menteri (Datuk Seri Najib), masa dia mula jadi PM, sudah ada impian - 1
Malaysia. So, kalau dia ada ‘dream’,
you pun sama boleh, ada ‘dream’ katanya
dalam ceramah sejam bertajuk ‘Dare to
Dream’ di Wisma Bernama hari ini.
”Kalau
mahu dapat apa yang diimpikan itu, mesti ada (6 D’s) -- Discipline (Disiplin), Dedication
(Dedikasi), Diligence (Kegigihan), Dare (Keberanian), Drive (Kesungguhan) dan Desire (Keinginan) “.
“Saya
dulu orang susah, dulu tinggal Sentul, emak orang Penang, bapa dari China, wang
pun tak cukup mau pergi sekolah..itu sebab saya
‘became good runner; ran away from school”.
Sebaik
tamat tingkatan lima, pada awal tahun 1970-an, Ooi terpaksa mencari pekerjaan
untuk menyara keluarganya dan diterima sebagai pelukis pelan di Ong & Chew,
sebuah syarikat binaan.
“Masa
itu gaji saya, RM 60 satu bulan”
katanya.
Tempoh
pekerjaannya di syarikat itu, bagaimanapun hanya enam bulan memandangkan
majikannya berpendapat tulisannya yang ‘buruk’ dianggap menjejaskan kualiti
kerja.
Sebagai
seorang yang sejak kecil lagi sudah terbiasa mengguna tangan kiri, Ooi sukar
melukis pelan dengan mengguna tangan kanan.
“Bagi
masyarakat Cina, tangan kidal (adalah) satu ‘taboo’
” katanya.
Menurut
Ooi, tempoh antara 1977 sehingga 1998 adalah paling sukar dalam hidupnya kerana
terpaksa melalui pelbagai pekerjaan dan
sering gagal.
Pernah
satu ketika, pada tahun 1987, beliau menjual alat urut kaki (foot massager) di Plaza Yow Chuan.
Apabila datang seorang pelanggan ingin mencuba peralatannya, Ooi akan
memutarkan kepada kelajuan yang lebih tinggi supaya ia dapat memberi keselesaan
maksima kepada pembeli itu.
“Saya
tarok speed 3, kasi itu mesin
(reflexologi) laju sikit..itu dan orang pun cakap, okay, bagus, bagus..dia pun
beli,” katanya.
Dengan
kos peralatan yang agak tinggi beserta harga jualan alat tersebut sebanyak RM1,300,
perniagaannya, bagaimanapun, hanya dapat bertahan selama 6 bulan.
Awal
tahun 1989, Ooi cuba mengubah nasibnya sebagai pengendali karaoke bergerak.
“Tapi
masa itu pakai tape VHS, satu lagu
satu tape.., so, kalau 20 lagu, 20 tape mau angkat…pendapatan juga tidak
seberapa, simpanan dalam bank saya kosong,”. katanya.
Tetapi
Ooi mempunyai satu impian -- menyediakan buku tentang pencapaian unik rakyat
Malaysia. The Malaysia Book Of Records.
Edisi
pertama hanya mula dicetak pada tahun 1995 setelah memendamkan impian selama
enam tahun.
Ide
itu tercetus Mei 1989 sewaktu beliau dalam perjalanan ke tempat kerjanya di
Semua House.
“Saya
berfikir, kalau seorang warga India boleh berkayuh basikal tanpa henti dan
rekod ini dicatatkan dalam Guiness Book Of Records, kenapa tidak boleh boleh
diwujudkan satu lagi buku yang memaparkan rekod-rekod yang dicapai di Malaysia,”
katanya.
Malaysia
Book Of Records kini dicetak edisi kesembilan dalam Bahasa Malaysia dan
Inggeris.
Antara
pencapaian terkandung dalam buku berkenaan ialah bilangan ‘tweets’ terbanyak
dalam masa satu jam di mana 3, 611, 323 jumlah tweet direkodkan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berkongsi perasaan patriotik mereka di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Kuala Lumpur sempena hari Merdeka tahun 2012.
“Saya
nyaris bankrap selepas pelancaran buku itu, (sehinggakan) anak (Tan Sri)
Vincent Tan yang merupakan rakan kongsi saya menganggap penglibatan dalam
bisnes buku tersebut seolah-olah satu ‘nightmare’
(mimpi yang ngeri) baginya,“ kata Ooi.
Tiga
tahun pertama dalam bidang ini merupakan saat paling getir. Beliau rugi RM800,000
dan dua rakan kongsinya keluar daripada perniagaan tersebut dan meninggalkannya
keseorangan.
“Saya
tetap teruskan usaha ini untuk 10 tahun berikutnya,” kata Ooi.
Beliau
berkata tanpa iltizam dan inspirasi yang tinggi, tidak mungkin sesuatu
perniaagaan mampu bertahan.
Buku
itu mencatatkan kejayaan berterusan dengan penampilan 250 episod siri di Radio
dan Televisyen Malaysia (RTM) selain terlaksana empat acara MBR ‘Night of
Achievers’ menjelang tahun 2013.
Impian
beliau seterusnya ialah untuk mewujudkan ‘Museum of Achievers’ yang boleh
menempatkan hasil kajian, replika dan
pelbagai rekod pencapaian dalam bentuk multimedia secara interaktif untuk
kegunaan ramai.
“Kalau
you mau berjaya, mesti ada semangat, mesti ada ‘dream’, berusaha ke arah itu.I’m
not from ‘rags to riches’, but from ‘nobody to somebody”. kata Ooi.
Laporan dan foto oleh Syed Khedher Ismail
Laporan dan foto oleh Syed Khedher Ismail
No comments:
Post a Comment