Kini,
semakin banyak buku yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat penerbit buku. Bermacam
genre dapat dilihat menghiasi rak di toko-toko buku seperti novel, motivasi,
agama, bibliografi tokoh terkenal dan lain-lain.
Sekiranya
ada pembaca yang mahu membaca buku yang lebih moden, pihak penerbit juga ada
menghasilkan buku dalam versi digital yang lebih dikenali sebagai e-book.
Dengan
teknologi yang semakin canggih, semua orang boleh membaca di mana-mana sahaja
tanpa perlu membawa banyak buku yang berat dan membebankan.
Namun,
amalan membaca itu masih belum dihayati sepenuhnya oleh kebanyakan masyarakat
masa kini, terutamanya generasi muda yang lebih gemar memilih alternatif lain
bagi mengisi masa lapang seperti menonton filem, melayari laman sosial dan
bermain konsol video.
Justeru,
InfolibNews dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Bernama berganding tenaga mengadakan program yang dinamakan Hari Membaca
& Clientele Café. Bertempat di Pusat
Maklumat dan Perpustakaan (INFOLIB) hari ini, program yang pertama kali
diadakan itu, bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan petugas
Pelbagai
aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan membaca berita, demo masakan
sihat, cabutan peminjam buku bertuah dan persembahan ulasan buku.
Dalam
pertandingan membaca berita, para peserta berpeluang merasai pengalaman beraksi
di hadapan kamera yang lengkap dengan penataan cahaya.
Dalam
pertandingan ulasan buku pula, setiap peserta dikehendaki meminjam sebuah buku
dan memahami isi kandungannya. Selepas itu, peserta dikehendaki berkongsi kisah
atau maklumat yang diperolehinya kepada para peserta lain di hadapan juri.
“Apa
yang lebih penting, program seperti ini mampu meningkatkan kemahiran dan
keyakinan berkomunikasi di khayalak ramai,” katanya.
Bagi
pertandingan ulasan buku pula, tempat pertama disandang oleh Che Halit Morat
dari Jabatan Pengarang. Kisah Kapal Van Der Wijck yang disampaikannya begitu
memukau para juri dan peserta yang lain. Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi
oleh Azlinda Abdullah dan Mohd Awal Ibrahim.
Pengurus
INFOLIB, Puan Hasnita Ibrahim berkata program ini sesuai untuk diadakan pada
bulan kemerdekaan yang akan datang.
“Saya
rasa seronok sangat sehingga mencetuskan idea, kita akan adakan sempena bulan
kemerdekaan. Kita akan baca buku mengenai semua tentang kemerdekaan negara kita
dan berkongsi dengan rakan-rakan di
Bernama,” katanya.
Oleh
RIDZUAN MOHD GHAZALI
No comments:
Post a Comment