Bukan
senang nak dapat menyanyi dengan Amy Search, penyanyi rock yang amat popular di
Malaysia dan Indonesia.
Oleh
itu, wartawan Ekonomi, Zarul Effendi Razali sehinggakan tidak dapat berkata-kata (speechless)
apabila mendapat peluang menyanyi bersama Amy pada malam Media Permodalan
Nasional Berhad di ibu negara malam tadi.
“Bukan
semua orang dapat peluang macam itu,” kata Zarul mengingatkan kenangan manis
menyanyikan ‘Isabella’ bersama-sama penyanyi lagu ‘hit’ itu sendiri.
Zarul
memang meminati lagu itu, yang begitu popular pada tahun 1990-an, dan tidak
mempunyai masalah mengalunkannya.
“Ia
kebetulan sahaja apabila dia turun dari pentas dan mencari orang yang nak
menyanyi dengannya,” katanya ketika ditanya bagaimana beliau boleh dipilih menyanyi
dengan Amy.
“Mula-mula
tu gedebak gedebuk juga tapi bila dah naik pentas, tak rasa takut sangat….lagipun
kawan-kawan ramai di bawah,” katanya.
Apakah
‘Isabella’ nama seseorang yang pernah dikenalinya?
“Tak
ada…saya memang minat juga lagu-lagu rock yang muncul sekitar 1980-an dan 90-an,”
katanya.
Selain
Search, Zarul juga meminati Flybaits yang popular dengan lagu ‘Kenangan Lalu’,
kumpulan Darmasutra, Wings dan beberapa band lain.
Zarul, 26, yang menyertai Bernama tiga tahun
lepas, berkata ia kali kedua beliau menghadiri malam media anjuran PNB.
No comments:
Post a Comment