Editor
Meja Berita Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Haji Khairdzir Md Yunus kini
berada di New York untuk meneruskan liputan lawatan Perdana Menteri ke Amerika
Syarikat.
Beliau
dan ketua jurufoto Mustaza Mohd Yusoff sebelum ini membuat liputan acara Datuk
Seri Najib Tun Razak di San Francisco.
Setelah ‘check-in’ hotel di New York, Haji Khairdzir
berkata beliau belum sempat membeli nombor tempatan untuk telefon ‘mobile’
sebab “nak keluar beli pun tak sempat”.
Acara Perdana Menteri yang amat padat membuatkan
mereka begitu sibuk, katanya.
Ketika ditanya bagaimana beliau menghantar berita,
beliau berkata:
“Kalau dari bilik hotel saya guna (sistem) Best.
Kalau di luar ikut yang mana sempat -- Best newsroom atau email.
“Kadang-kadang buat catatan pakai Blackberry atau
Samsung Galaxy Tab 7.0 dan email kepada diri sendiri.
“Apabila balik ke bilik hotel, cut and paste ke Best
sistem dan hantar ke hq,” katanya dalam ‘perbualan’ menerusi Facebook.
“Saya sihat bro. Takda masalah. Makan pun ok.
“Tidak jauh dari hotel ada kedai India macam kedai
mamak Malaysia.
“Ada nasi beriyani kambing, roti naan etc. So makan
no prob. Tq bro.”
Menurutnya, gerai makanan halal kebab dan sebagainya
pun banyak di tepi jalan.
Bagaimana
dengan teh tarik?
“Teh tarik setakat ni tak jumpa lagi. Tapi
restoran yang diusahakan oleh Nani Yusuf, Mamak House sure ada punya.
“Saya pun tak sempat jumpa Nani lagi cuma communicate
dalam FB je,” katanya.
Nani, yang pernah menjadi wartawan Bernama di Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur, kini menetap di New York bersama suami dan anak.
Beliau masih menulis secara sambilan untuk Bernama
terutama bagi acara-acara di New York.
Sejak Mei lepas, Nani semakin teguh bertapak di
negara itu dengan mengusahakan restoran Mamak House di Flushing, Queens.
Ia menyajikan menu halal masakan negeri kelahirannya
– Pulau Pinang.
Nasi
kandar daging atau udang, ayam rendang; rendang kambing, kari kepala ikan, asam
pedas; kari ayam; roti canai; crispy okra; cendol; bubur pulut hitam dan teh
tarik adalah antara sajian utama.
Akhbar
termasuk New York Times telah menulis rencana memuji kenakan masakannya
manakala ramai pengunjung yang mempunyai blog telah mencatatkan mengenai sajian
makanan itu yang menambat hati mereka.
No comments:
Post a Comment