Friday, 20 September 2013

Transformasi minda ke arah kecemerlangan ...

Dulu istilah yang kerap digunakan ialah anjakan paradigm tapi kini transformasi minda. Ia mencakupi corak pemikiran baru yang melihat sesuatu dengan berbeza untuk beralih dari kemunduran kepada kejayaan.
Profesor Emeritus Datuk Dr Sheikh Omar Abdul Rahman, yang berpengalaman kira-kira 39 tahun dalam bidang pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata tidak akan ada transformasi negara sekiranya tiada transformasi minda di kalangan masyarakat terutama penjawat awam.
“Pemikiran kelas ketiga menyebabkan malas bekerja, suka membuang masa, membuat kerja dengan berlengah dan sambil lewa tetapi minda  kelas pertama mempunyai daya fikir tinggi dan sentiasa berusaha melakukan kerja dengan cemerlang,” katanya.
Beliau menyampaikan ceramah mengenai “ Transformasi Minda Ke Arah Pemikiran Kelas Pertama” kepada para pegawai dan kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) pagi ini.
Dengan membahasakan dirinya sebagai “Pak Sheikh”, beliau mengutarakan “4 E” untuk membentuk keutuhan modal insan.
1.    Expertise – Kepakaran dan kemahiran pada tahap tinggi.
2.    Experience -- Pengalaman bekerja. “Contohnya saya boleh bawa 39 tahun pengalaman bekerja dan mempunyai jawapan kepada pelbagai soalan berkaitan”
3.    Energy – tenaga untuk bekerja. Keupayaan diri untuk melakukan kerja sama ada fikiran atau tenaga memerlukan tenaga.
4.    Excited – Perasaan tidak sabar-sabar untuk melakukan kerja dan menghadapi cabaran kerja.  “Orang macam ini mempunyai minda kelas pertama”.

Pak Sheikh berkata empat elemen ini akan dapat mengatasi “4 M” yang mendorong kepada sikap negatif. Empat perkara ini ialah:
1.     Malu – perasaan malu untuk menampilkan diri dalam kerja, malu nak duduk depan, malu nak bertanya
2.    Manja – Apabila berdepan kerja yang susah, cepat rasa nak berhenti, tak sanggup hadapi ujian.
3.    Malas  -- Tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan, malas melakukan sesuatu yang lebih daripada jangkaan.
4.    Moyok – Sentiasa muram untuk bekerja terutama pada awal minggu tetapi seronok untuk berlibur menjelang cuti hujung minggu.
     
     Selain motivasi dan kepimpinan, Pak Sheikh sering diundang oleh organisasi dalam dan luar negara untuk memberikan ceramah dalam bidang sistem pengurusan berkualiti, pemikiran kreatif dan inovatif serta sistem bekerja berpasukan.
“Orang yang mempunyai minda kelas pertama selalu memberi penghargaan kepada aorang lain dan sering memberi ucapan seperti “Terima kasih”, tahniah dan “sorry” jika buat silap.
Beliau menghuraikan mengenai tiga jenis kebahagiaan:
1.     Menerima sesuatu yang boleh dipegang  (tangible) seperti jawatan yang baik, gaji yang lumayan, kereta, rumah, dan sebagainya.
2.    Menerima penghargaan seperti ucapan sejahtera diri, pujian, dan sebagainya.
3.    Kebahagiaan memberi –memberi perkhidmatan terbaik untuk organisasi. Apa yang disebutkan sebagai ‘passionate’ iaitu keseronokan memberi tanpa mengharapkan balasan.
Untuk berubah sikap dan kelakuan bagi menghasilkan kerja cemerlang, perlulah ada keinsahan diri – keinsafan sebelum berubah atau apa yang disebutkannya ABC “Awareness Before Change”.

 Beliau berkata persoalan yang harus ditanya ialah tujuan bekerja. Menurutnya, ada tiga tujuan:
  • 1.    Kerana Mu Allah s.w.t.
  • 2.    Kerana Mu Malaysia, organisasi
  • 3.    Kerana mu Mu (menyara hidup), isteri, suami, anak-anak.
Pak Sheikh turut menyentuh mengenai semangat patriotisme iaitu perasaan cintakan negara dan sanggup berkorban apa sahaja.
“Ini bukan setakat memegang senjata menjaga keselamatan negara tetapi juga berkorban apa sahaja – tenaga, masa, harta untuk kesejahteraan negara,” katanya.
Sambil menyatakan sumbangan setiap individu  dapat menentukan kecemerlangan organisasi, beliau menyarankan agar kita sentiasa “open your eyes, ears, arms, mind and heart”.
“Buka mata dan telinga untuk memerhati keadaan sekitar, buka tangan untuk berlapang dada, buka minda untuk memikirkan cara penyelesaian dan akhirnya buka hati agar kita menjadi a good giver and a good receiver,” katanya.
“Apakah ‘integrity’? It is about doing the right thing, the right way, at the right time and  right  place, with the right people and for the right reasons,” katanya.
Keseronokan dapat dikecapi bukan semata-mata menyentuh duit .tetapi berasa seronok untuk memberi apatah lagi dapat menyentuh hati insan lain.
“Ini akan mewujudkan rasa saling memahami kekuatan dan kelemahan, saling menghormati, saling mempercayai dengan tidak mempunyai prasangka dan rasa saling melengkapi dan memerlukan yang akan mewujudkan suasana harmoni,” katanya.

No comments:

Post a Comment