"Pukul 4 pagi saya dah
bangun untuk bersiap...selepas solat, saya memandu dari rumah di Wangsa Maju
dan sampai di pejabat pukul 7.30 pagi," katanya.
Helmi mengisi kekosongan jawatan
Setiausaha di pejabat Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa
berikutan persaraan Puan Rodziah Idris.
"Setelah menghadiri temuduga
dan kemudiannya dimaklumkan saya mendapat kerja itu, saya 'excited' walaupun saya tak 'sure'
siapa bos," kata Helmi, 27.
Lulusan Diploma Pengurusan dan
Teknologi Pejabat Universiti Teknologi MARA (UITM) itu berazam
melaksanakan tugas dengan baik, menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang ada.
"Saya cakap tak
kisah-lah siapa bos asalkan saya boleh 'deliver'
kerja saya," kata Helmi yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan.
Setelah tamat pengajian,
beliau menjadi pegawai imigresen selama empat tahun dari Mei 2008 hingga Mei
2012 dan setiausaha di Tenaga Nasional Berhad selama setahun tiga bulan sebelum
menyertai Bernama.
No comments:
Post a Comment