Kesatuan
Pekerja-pekerja Bernama (KPPB), yang mengadakan mesyuarat agung Sabtu ini,
dijangka mengekalkan Zaharin Mat Noor
sebagai presiden untuk penggal 2013/2015.
Tidak
ada pencabar yang tampil untuk menggugat kedudukan Zaharin yang memimpin
kesatuan sejak tiga tahun lepas.
Timbalan
presiden Abu Kassim Chik, yang menghadapi dua pencabar, berharap untuk dipilih
semula.
“Banyak lagi perkara yang belum selesai,” kata jurukamera
Perkhidmatan Audio-Visual itu.
Bendahari KPPB Hanafiah Omar, yang dijangka
kekal, berkata jawatan setiausaha dan penolong setiausaha menyaksikan
pertandingan, masing-masing dengan tiga calon.
Bagi
pemilihan anggota jawatankuasa pula, seramai enam orang akan bertanding untuk
merebut lima tempat.
Mesyuarat
agung akan diadakan di Tingkat 9, Wisma Bernama bermula 9 pagi.
Zaharin berkata selama sepenggal menjadi presiden,
beliau telah berusaha untuk mengemaskini data mengenai kesatuan dengan Jabatan
Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia.
“Kita
kena kemaskini rekod terutama yang mereka tidak ada…jadi benda-benda tertunggak
kita dah settlekan, kalau ada orang nak takeover kepimpinan tak jadi masalah,”
katanya.
Kesatuan
itu mempunyai 198 orang anggota dan ramai yang layak tidak menyertainya, kata
beliau.
“Dalam
perlembagaan kita, tak ada sebut gred untuk jadi ahli, part-timer boleh,
kontrak pun boleh tetapi mesti mendapat gaji dari Bernama,” katanya.
“Kalau
boleh, pengurus-pengurus tidak harus menyekat anak-anak buah mereka yang ingin
menjadi ahli union,” katanya.
“Dengan
menganggotai kesatuan, KPPB dapat cuba menyelesaikan sekiranya ahli menghadapi
masalah.
“Lagipun
penyertaan ini sudah menjadi sebahagian daripada yang sepatutnya…semua badan berkanun
ada union dan kita ak buat pekerja lebih selesa, nak datang kerja pun seronok,”
katanya.
Selain
pemilihan, mesyuarat agung itu akan menumpukan kepada usaha untuk memperbaharui
perlembagaan.
“Ada
istilah-istilah yang tidak terpakai lagi dan ini kita hendak kemaskinikan,”
katanya.
No comments:
Post a Comment