Bernama TV tidak dapat
beroperasi seperti biasa hari ini berikutan sebahagian petugasnya tidak hadir bertugas.
Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh berkata syarikat yang mengendalikan saluran televisyen berita itu belum membayar gaji untuk bulan Januari pada petugas syarikat berkenaan.
Katanya Bernama TV adalah milik sebuah syarikat usahasama dan Bernama hanya mempunyai pegangan minoriti 33 peratus dalam stesen berita 24 jam itu, manakala selebihnya dimiliki pihak lain.
"Gaji kakitangan Bernama yang berkhidmat di Bernama TV dibayar oleh Bernama tanpa sebarang masalah.
"Gaji kakitangan syarikat bukan tanggungjawab Bernama dan sepatutnya dibayar oleh syarikat Bernama TV Synergy Berhad (BRTV)," katanya dalam satu kenyataan.
Hasil pendapatan syarikat itu sejak beroperasi pada 2008 tidak dapat menampung kos operasinya termasuk pembayaran upah dan gaji, katanya.
Beliau berkata sejak empat tahun lepas, Bernama, sebuah badan berkanun, telah mendahulukan wang kepada syarikat tersebut untuk menanggung kos operasi termasuk gaji kepada hampir 200 pekerjanya.
Pada 12 Disember tahun lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang turut mengulas mengenai Bernama TV, berkata Bernama telah banyak memberikan suntikan bagi menanggung operasi dan gaji pekerja Bernama TV.
"Akan tetapi harus difahami bahawa Bernama TV bukanlah satu stesen TV milik kerajaan tetapi ia milik swasta dan apa pun keputusannya mestilah berdasarkan keputusan perniagaan," kata Ahmad Shabery merujuk kepada kajian bagi menangani permasalahan yang dihadapi stesen berita 24 jam itu.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment