Media mempunyai kuasa dan pengaruh
kuat dalam membantu pengguna dan gerakan kepenggunaan untuk mendidik para
peniaga agar tidak bersikap rakus.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Datuk Sabry Ahmad berkata media perlu memainkan peranan dengan membuat laporan serta mendedahkan sikap buruk peniaga.
"Laporan berterusan oleh media mampu menyedarkan pengguna dan peniaga," katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Media dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis di Kangar malam tadi.
Turut hadir anggota Exco merangkap pengerusi Skuad Pengguna Perlis Rela Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Hassan Mat, Pengerusi Gerakan Pengguna Perlis Datuk Nordin Abdullah dan Pengarah Pejabat KPDNKK Perlis Khairul Amin Talib.
Sabry berkata gerakan kepenggunaan seperti kelab dan skuad pengguna juga harus bekerjasama erat dengan kementerian dalam menyalurkan maklumat kepada media agar sikap buruk peniaga seperti menaikkan harga barang sesuka hati, didedahkan.
"NGO juga mesti menunjukkan kuasa mereka dengan memastikan peniaga menurunkan harga barang 10 hingga 20 peratus mulai 1 Mac ini. Dalam hal ini, gerakan kepenggunaan mesti agresif membuat pemantauan sehingga ke setiap kedai dan pasar raya," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, pejabat KPDNKK Perlis menerima sebanyak 537 aduan kebanyakannya membabitkan penipuan, perkhidmatan dan transaksi melalui Internet.
Daripada jumlah itu, 500 kes berjaya diselesaikan.

-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment