Friday, 20 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
Bernama Invited To Join MyCC's Publicity Committee...
The Malaysian National News
Agency (Bernama) has been invited to be part of the Malaysia Competition
Commission (MyCC) working committee on publicity and communication.
Committee chairman Tan Sri Dr Michael Yeoh made the offer in a meeting with
Bernama general manager Datuk Yong Soo Heong at Wisma Bernama here Wednesday.
MyCC chief executive officer Shila Dorai Raj said Bernama's presence in the
committee would boost efforts to enhance understanding of the Competition Act
2010 among the public as well as business community.
"We hope to maximise our outreach through Bernama," she told the news
agency after the meeting, which was attended by Bernama editor-in-chief Datuk Zulkefli
Salleh, deputy editors-in-chief Datuk Zakaria Abd Wahab (Domestic News
Service), Amer Hamzah Md Sap (Economic News Service) and Ahmad Zukiman Mohd
Zain (International News Service).
MyCC, which is an agency under the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism
Ministry, has the authority to enforce the Competition Act 2010.
Its main role is to protect the competitive process for the benefit of
businesses, consumers and the economy.
-- BERNAMA
Wednesday, 11 December 2013
Tuesday, 10 December 2013
UNITAR minat usaha sama dengan BERNAMA
Universiti Antarabangsa
UNITAR berminat menjalin usaha sama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
untuk menyusun sukatan pelajaran yang komprehensif berasaskan industri bagi
Ijazah Sarjana Muda bidang Komunikasi universiti itu.
Pengarah Pejabat Komunikasi dan Kerjasama Strategik UNITAR, Sheikh Fahmy Sheikh
Mohamed berkata universiti itu berharap dapat menggunakan kepakaran BERNAMA
dalam bidang kewartawanan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran sebenar
berasaskan industri untuk pelajarnya.
Beliau berkata ini selaras dengan visi universiti itu bagi melahirkan graduan
dan profesional berkaliber tinggi yang memenuhi jangkaan industri kerja.
Cadangan itu diutarakan Fahmy dalam satu pertemuan dengan Ketua Pengarang
BERNAMA Datuk Zulkefli Salleh, yang mengetuai rombongan 18 orang melawat kampus
baharu UNITAR di Kelana Jaya, Selasa.
Rombongan itu disertai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi
Amer Hamzah Md Sap, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual Mokhtar
Hussain, Editor Perkhidmatan Berita Am Khaidzir Md Yunus, Editor Perkhidmatan
Berita Ekonomi Mikhail Raj Abdullah, Editor Perkhidmatan Audio Visual Abdul
Rahman Ahmad dan Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan BERNAMA Syed Khedher
Ismail.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak juga membincangkan kerjasama lain yang
boleh diteroka pada masa akan datang.
Ini termasuk menyediakan program bagi mempertingkat kemahiran pensyarah UNITAR
berkaitan inovasi terkini dalam dunia kewartawanan yang bergerak pantas.
BERNAMA juga menyambut baik cadangan UNITAR untuk melantik agensi berita itu
sebagai satu daripada rakan kongsi bagi latihan industri kepada pelajarnya.
Sheikh Fahmy berkata Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda
Bahasa Inggeris dijadual dilancarkan pada tahun depan.
-- BERNAMA
Wednesday, 4 December 2013
BK1MC Anjur Aktiviti Galak Guna Infolib...
Sempena cuti sekolah,
Bernama Kid's 1Malaysia Club (BK1MC) hari ini menganjurkan aktiviti
menggalakkan penggunaan Pusat Maklumat dan Perpustakaan (InfoLib) khusus untuk
anak-anak petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Bertemakan 'Magic', aktiviti tahunan itu dihadiri kira-kira 50 kanak-kanak
daripada pelbagai peringkat umur yang juga anggota kelab tersebut di Wisma
Bernama.
Penyelaras BK1MC Hasnita Ibrahim berkata aktiviti itu antara lain bertujuan
memupuk budaya membaca dalam diri kanak-kanak supaya sedar kepentingan amalan
itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
"Dengan cara ini juga, anak-anak boleh berkomunikasi dan berkenalan dengan
rakan-rakan yang lain," katanya.
Beliau berkata aktiviti lain yang turut diadakan ialah sesi perkongsian menimba
ilmu di New York bersama penulis Iwan Ghazali, pertunjukan silap mata, dan
pertandingan laman kreatif.
Lebih menarik, seramai 20 orang anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Darul
Aminah, Seremban, Negeri Sembilan turut membuat persembahan sketsa dan tarian.
BK1MC dilancarkan pada 31 Julai 2010 sebagai satu bentuk pelaksanaan
tanggungjawab sosial korporat Bernama.
Ia memberi keutamaan kepada penyertaan
anak-anak petugas dan anggota keluarga petugas Bernama berumur empat hingga 17
tahun.
-- BERNAMA
Tuesday, 3 December 2013
Bernama Ungguli Pertandingan Tulisan Jawi Dan Sahibba ...
Kecintaan terhadap tulisan
Jawi membantu seorang penyunting berita bahasa Arab di Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Pertandingan Pantas Jawi anjuran
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Muhammad Mujahid Ishak, 24, mengalahkan 20 peserta lain yang mewakili pelbagai
jabatan dan agensi di bawah KKMM dalam pertandingan yang diadakan bersempena
sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013.
Setiap peserta dikehendaki mengeja 10 perkataan Melayu dalam tulisan Jawi
dengan cepat dan tepat.
Wakil Bernama turut memenangi pertandingan Sahibba apabila Ketua Kewangan dan
Akaun (Bernama TV), Zainal Abidin Ibrahim, 42, mengalahkan 23 peserta lain
untuk muncul juara.
Mereka menerima hadiah wang tunai RM500 beserta sebuah komputer riba yang
disampaikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari
pada pertandingan yang diadakan hari ini.
Pertandingan itu dianjurkan bersama oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun
Abdul Razak (IPPTAR) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Mujahid berkata beliau amat bersyukur memenangi pertandingan itu yang boleh
menjadi platform bagi kakitangan dan pegawai KKMM belajar dan memperkasa
tulisan Jawi.
"Saya berharap agar pertandingan seperti ini dikembangkan ke peringkat
yang lebih tinggi supaya generasi masa kini lebih menguasai bahasa Melayu dan
tulisan Jawi," kata Mujahid yang baru menyertai Bernama September lepas.
Pemenang kategori Sahibba, Zainal Abidin juga sependapat agar pertandingan
seumpama itu diteruskan kerana ia berkonsepkan pembelajaran secara interaktif.
"Platform sebegini perlu diperluaskan ke peringkat yang lebih tinggi
memandangkan pertandingan ini mampu memperkasa dan memperkaya lagi bahasa Melayu,"
katanya.
-- BERNAMA
Thursday, 28 November 2013
Lawatan MBAM ke Bernama .....
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima
kunjungan daripada Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) yang diketuai
oleh Presidennya, Matthew Tee petang ini.
Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh dan Pegawai
Kanan Jabatan Pengarang meraikan kehadiran rombongan ini.
Tujuan kunjungan MBAM ini adalah untuk mengenali operasi
BERNAMA dengan lebih dekat serta berbincang mengenai peranan MBAM.
Rombongan MBAM ini turut
dibawa meninjau operasi Jabatan Pengarang, BERNAMA Radio24, Pusat
Maklumat & Perpustakaan dan BERNAMA TV.
Laporan dan foto Bahagian Komunikasi Korporat
Wednesday, 27 November 2013
Janda Baik destinasi menarik fotografi...
Janda Baik, sebuah kawasan
perkampungan di negeri Pahang, merupakan destinasi pelancongan yang amat
menarik . Dikelilingi rimbunan pokok, bukit-bukau, air terjun serta sungai yang
jernih, ia begitu sesuai dijadikan lokasi program latihan selain tempat rekreasi.
Bertemakan alam semulajadi,
sekumpulan 20 peserta terdiri dari 16 petugas Bernama dan empat orang dari
Malaysia Productivity Corporation, Jabatan Warisan Negara, Aswara dan Jabatan
Muzium Malaysia mengikuti bengkel ‘Fotografi Lanjutan’ selama 3 hari di
Cheringin Hills Convention Resort bermula 14 November 2013.
Bengkel yang menjurus ke arah latihan secara praktikal
dikendalikan oleh Haji Mustaza Mohd Yusoff, Ketua Unit Foto,Bernama dibantu oleh
jurufoto Shahrizan Jeffri.
Tiga aspek menjadi tumpuan
peserta sepanjang bengkel. Pertama, mengaplikasi hal-hal teknikal seperti depth of Field, slow/fast shutter speed,
flash dan shadow bagi tujuan
pengambilan foto berkualiti.
Kedua, mengenalpasti objek
atau suasana yang hendak digambarkan, antaranya, tumbuh-tumbuhan,
serangga/unggas, landskap seperti air terjun, sungai, pemandangan di siang
hari, senja dan ketika waktu malam di samping merakam aktiviti penduduk di
kampung berdekatan.
Peserta dibahagikan secara
berkumpulan. Setiap peserta dikehendaki mendapatkan gambar terbaik berdasarkan
kreativiti masing-masing.
Foto mereka kemudian
dianalisa dan diberi komen oleh kedua-dua tenaga pengajar. Menurut Shahrizan,
pengambilan gambar mengenai pemandangan perlu ada komposisi dan menggunakan rule of third (peraturan ketiga) iaitu
perlu tahu tujuan dan jenis foto bagaimana patut diambil.
Beliau menunjukkan contoh
pelbagai foto pemandangan yang diambilnya sebagai perbandingan kepada peserta.
Uniknya bengkel seperti ini
kerana ia turut meliputi teknik mempelajari rakaman video menerusi kamera
secara teori dan praktikal.
Sesi memahami peralatan
kamera dikendalikan dengan kerjasama wakil dari Nikon Malaysia. Peserta diberi
kefahaman tentang jenis dan perbezaan pada kad memori, penggunaan bateri dan
perisian seperti Adobe Premier & Windows Video Maker untuk penyuntingan video.
Bagi aktiviti luar (outing)
pula, peserta dibawa ke kawasan
berhampiran Sungai Benus, di pinggir perkampungan.
Kandungan bengkel tersebut
merupakan sebahagian dari modul Kewartawanan Foto di bawah program Bernama
School of Journalism.
Selaku wartawan versatile (serba boleh), pengetahuan dan
kemahiran mengambil foto dan video diperlukan agar mereka dapat melaksanakan
tugasan dengan lebih berkesan.
Oleh Syed Khedher Ismail
Tuesday, 19 November 2013
Meningkatkan kemahiran IT...
Kebanyakan
pengguna internet sering mengalami kesukaran
mendapatkan maklumat dengan tepat melalui Google atau Yahoo.
Justeru,
bengkel ‘Google-Fu’ diadakan di Pusat Kecemerlangan hari ini, antara lain, bagi
menerangkan cara lebih mudah mencari maklumat yang dikehendaki dengan
mengaplikasikan teknik yang berkesan.
Empat
belas petugas termasuk Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Dalam
Negeri, Datuk Zakaria Abd.Wahab menyertai bengkel tersebut yang dikendalikan
oleh Encik Mohamad Nizam Kassim, Penganalisa Kanan, Keselamatan Siber dari
Cybersecurity Malaysia.
Tiga
aspek utama dalam carian maklumat ditonjolkan iaitu ‘recall & precision’
yang menyentuh tentang keputusan carian
(search results); ‘look up & learn search modes’ mengenai teknik
sesuai diguna manakala ‘right keyword’ memfokuskan ke atas tindakan
kreatif individu mengenalpasti dan memperolehi maklumat dengan lengkap.
Peserta
berpeluang mencuba ‘Google Advanced Video Search’ selain meneliti laman
perkongsian video seperti You Tube. Dengan hanya menaip ‘keyword’ atau ‘command’
tertentu, maklumat terus diperolehi.
Carian
maklumat ke atas personaliti dan saluran media sosial seperti blogspot,
facebook dan Twitter serta rangkaian internet turut diterangkan oleh Nizam
secara terperinci selain latihan tubi di kalangan peserta.
Memandangkan
peserta memberikan maklum balas positif,
Encik Shamir, Ketua Komunikasi Korporat, Cybersecurity Malaysia
bercadang mengadakan bengkel susulan. Kursus itu nanti akan mengambilkira aspek
kesedaran dan langkah diperlukan dalam menangani isu penggodaman (hacking).
Beliau
berharap Bernama bekerjasama dengan Cybersecurity memperluaskan lagi program
kesedaran keselamatan kepenggunaan IT kepada orang ramai.
Menurutnya,
Cybersecurity Malaysia memainkan peranan penting di peringkat global di mana
sejak enam tahun kebelakangan, selaku Sekretariat Teknologi Maklumat OIC, ia
telah melaksanakan pelbagai program ke arah keselamatan siber dalam kalangan
negara–negara Islam.
Ini
secara tidak langsung mengukuhkan lagi reputasi Malaysia di kacamata
dunia.
(Laporan
dan foto Syed Khedher Ismail)
Tuesday, 12 November 2013
Unitar sertai bengkel komunikasi ...
Unitar, satu-satunya
universiti tempatan yang menjadi perintis dalam ‘virtual learning’
(pembelajaran maya) menyertai bengkel khas anjuran Bernama bertemakan ‘High
Impact Communications Skills’ di Pusat Kecemerlangan, Wisma Bernama, hari ini.
Bengkel tersebut disertai 20
kakitangan universiti berkenaan termasuk empat professor dan beberapa ketua
bahagian. Ketua Pengawai Eksekutif Unitar, Encik
Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi dan Ketua Pegawai Operasi &
Kewangan, Encik Lukman Musa turut meluangkan masa meninjau operasi Bernama TV
dan Jabatan Editorial serta bertukar-tukar pandangan ketika jamuan tengah hari
bersama pegawai-pegawai kanan Bernama.
Pengurus Besar Bernama Datuk
Yong Soo Heong dalam sesi mukadimah bengkel berkongsi pengalamannya dengan para
peserta mengenai pelbagai peristiwa semasa dan cabaran-cabaran yang dilalui
oleh Bernama dalam menulis laporan berita
serta menterjemahkan artikel.
Ketika ditanya pendapatnya
oleh seorang peserta bengkel, Datuk Yong menghargai perancangan Unitar untuk
menceburi bidang pemakanan. Menurut beliau tidak banyak rangkaian bisnes
masakan Melayu di bidang perhotelan atau restoran dalam ataupun di luar negara.
Justeru, ia satu ide yang bagus dan menunjukkan Unitar mampu mempelbagaikan
aktivitinya.
Editor Meja Berita
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN), Khairdzir Yunus membicarakan aspek
komunikasi krisis sebelum peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi
Bernama Radio24.
Melalui saluran radio Bernama, Unitar boleh mengenengahkan pelbagai
jenis program yang hendak diwar-warkan kepada orang ramai.
Sesi berikut yang
‘ditunggu-tunggu’ oleh peserta ialah simulasi mengenai sidang akhbar yang
dikendalikan oleh Editor Tugasan Bernama TV Abd.Rahman Ahmad. Ketua Bahagian
Korporat Komunikasi, Ahmad Hafiz Osman berperanan selaku ‘CEO UNITAR’ bersama
Prof.Dr.Sakina Sofia, Prof.Dr.Abd.Razak dan Prof.Dr.Muhamad Naim menjawab
soalan-soalan dari wartawan Bernama.
Syed Khedher Ismail
Thursday, 7 November 2013
Bernama anjur peraduan esei ...
Bernama
akan menganjurkan pertandingan menulis esei khusus bagi pelajar sekolah
demi melahirkan bakat baharu dalam bidang kewartawanan.
Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong berkata
pertandingan itu akan diadakan
awal tahun depan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah manakala
bentuk penulisan bermotifkan semangat patriotisme atau nilai murni.
"Bernama
harus mengambil langkah proaktif untuk memfokuskan tentang kewartawanan.
Bernama harus bermula dari sekarang agar beberapa tahun lagi kita dapat calon
yang benar-benar meminati dunia kewartawanan," katanya.
Beliau
berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif
dan Video Karaoke Patriotik sempena ulang tahun Kemerdekaan ke-56 di Wisma
Bernama.
Menurutnya
kejayaan program 'Teach For Malaysia' melibatkan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Hutchings Pulau Pinang bulan lepas membuka matanya untuk mengadakan
pertandingan menulis esei itu.
“Apabila
Bernama memberi pendedahan mengenai dunia kewartawanan mereka menunjukkan minat yang sangat tinggi. Daripada reaksi yang
diberi mereka dapat membuat imaginasi untuk menulis dari segi
kewartawanan," katanya.
Mengulas
mengenai pertandingan Video Kreatif serta Video Karaoke Patriotik anjuran
Bernama, Datuk Yong berpuas hati dengan sambutan yang diberi.
Beliau
berharap perancangan jangka panjang dibuat untuk memastikan sambutan lebih
meriah pada tahun hadapan.
Juara
Video Kreatif Patriotik kategori Bernama dimenangi oleh Hussin Sulaiman dari
Meja Berita Ekonomi manakala kategori awam dirangkul oleh Idrasyaabani Idris
dari Melaka.
Masing-masing
membawa pulang hadiah kejuaraan bernilai RM3,160 serta RM3,280 dalam bentuk
wang tunai serta baucar penaja.
Juara
Video Karaoke Patriotik Kategori Bernama dimenangi oleh Wan Asmanizan Wan Najib
daripada Bahagian Portal manakala kategori awam pula dimenangi
oleh Siti Normasyitah Mohd Yusof dari Kedah.
Mereka
membawa pulang hadiah kejuaraan bernilai RM4,080 serta RM4,295 dalam
bentuk wang tunai dan baucar daripada pihak penaja.
Hadiah
disampaikan Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman serta Datuk Yong.
Sebanyak
60 penyertaan diterima untuk pertandingan tersebut bermula September lepas.
Senarai
penuh pemenang:
Video Kreatif Merdeka ( BERNAMA )
Tempat Pertama : Hussin Sulaiman
Tempat Kedua : Ridzuan Mohd Ghazali
Tempat Ketiga : Baharudin Jalil
Tempat Kedua : Ridzuan Mohd Ghazali
Tempat Ketiga : Baharudin Jalil
Tempat Keempat : Farhana Yusof
Tempat Kelima : Suhendri Mohd
Daud
Video Karaoke Patriotik Merdeka ( BERNAMA )
Tempat Pertama : Wan Asmanizan Binti Wan Ahmad Najib
Tempat Kedua : Suriani Razali
Tempat Kedua : Suriani Razali
Tempat Ketiga : Baharudin Jalil
Tempat Keempat : Yussa Yunus
Tempat Kelima : Hamdanawal Muhamad Sukri
Video Kreatif ( Luar )
Tempat Pertama : Idrasyaabani Idris
Tempat Kedua : Muhammad Najib Mohamad Supian
Tempat Kedua : Muhammad Najib Mohamad Supian
Tempat Ketiga : Ahmad Ishak
Tempat Keempat : Salihin Marlizan
Tempat Kelima : Noor Azrina Abdul Hamid
Video Karaoke Patriotik Merdeka ( Luar )
Tempat Pertama : Siti Nurmasyitah Mohd Yusof
Tempat Kedua : Noor Hartini Abdul Hanid
Tempat Kedua : Noor Hartini Abdul Hanid
Tempat Ketiga : Siti Aisya Suboh
Tempat Keempat : Wan Muhammad Afif Wan Yusuf
Tempat Kelima : Dyana Zolkapri
Thursday, 31 October 2013
Selamat Bersara Kak Am…
“SELAMAT BERSARA KAK AM
1981-2013”.
Kata-kata ini terpampang di Bahagian
Perkhidmatan Media dan Pangkalan Data di tingkat 8, Wisma Bernama.
Setelah 32 tahun berkhidmat
untuk Bernama, “Kak Am” atau Puan Ambia Tawil akan mula bersara pilihan mulai
esok.
Rakan-rakan sepejabat mendoakan
yang terbaik bagi beliau sambil mengucapkan selamat bersara pada majlis
perpisahan pagi ini.
Beliau adalah antara petugas
lama Bernama yang menyertai agensi ini ketika ibupejabat masih di Bangunan
MCOBA di Jalan Syed Putra.
Tentulah banyak kenangan
yang akan tersimpan dalam sanubarinya setelah sekian lama bertugas dengan
Bernama.
Malahan bertemu jodohpun di
Bernama.
“Sedih tu memanglah ada tapi
bila kenangkan kawan-kawan rapat dah tinggalkan saya, saya redha dengan
keputusan ini (bersara awal).
“Saya keluar, adalah orang
masuk,” kata Puan Ambia, pembantu tadbir di Unit Pangkalan Data.
Menurutnya, persaraan itu
membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan catering.
Walaupun bersara, Bernama
akan tetap di hatinya kerana suaminya Encik Shafie Toha masih berkhidmat dengan
Bernama.
Mereka mempunyai lima orang
anak termasuk dua yang telah berumahtangga.
Tuesday, 29 October 2013
A friendly ambassador comes calling …
Friendly and understanding
South Korean Ambassador to Malaysia Cho Byungjae visited Bernama today to
acquaint himself with the national news agency.
Bringing along four
high-ranking embassy officials, the ambassador said he wanted to have a better
understanding of Bernama whom he described as “the most important communication
media entity in Malaysia”.
‘We rely upon Bernama news
and I myself is a regular visitor to the Bernama website,” said Cho, who
arrived in Malaysia three months ago to take up the posting.
He said he watched English
bulletin on Bernama TV apart from CNN and BBC.
“We also believe Bernama is
the most appropriate medium for us to have a better understanding of what’s
going on in the country and what the government intends to do,” he said.
It is also the channel they
turned to, to know what the leaders and high-ranking officials are talking
about.
His delegation comprises
Minister and Consul General/Deputy Chief of Mission Yoon Changyul, Political
Counsellor Park Heung Kweun, Economic Counsellor Park Jung Sung and First
Secretary Koh Sang Wook, who is in charge of media affairs.
“These days we believe that
people to people exchange and people-to-people contact is the most important
foundation on which we can build our relationship,” he said.
This kind of
people-to-people exchange and mutual understanding could be most effectively
and efficiently done through media.
“That’s why communication is
very important and Bernama is the most important communication media here in
Malaysia and that’s why we are here,” he said.
“We just want to have some
better understanding,” said Cho.
When told that a delegation
of 10 South Korean journalists had visited Bernama last week, he said it was
part of the Asean-South Korea exchange programme.
Some Malaysian journalists
had also visited South Korea under the programme.
“At the recent Cyberspace
conference in Seoul, we had the privilege of having a Bernama reporter to cover
the event,” he said in reference to journalist Ismail Amsyar Mohd Said of the
International News Service.
“We appreciate of what
you’re doing,” said the ambassador who was briefed about Bernama by General
Manager Datuk Yong Soo Heong.
“In Korea we have two
separate entities, one is television KBS which is sponsored by the government
and news agency, Yonhap also sponsored by the government.
“One television and the
other news agency but here Bernama has TV and news agency…that means in terms
of power, Bernama has more than their Korean counterpart,” he quipped.
Jabatan Penerangan Brunei minat contohi Bernama…
Jabatan
Penerangan Brunei berminat mempelajari fungsi dan struktur operasi pemberitaan
Bernama untuk digunapakai.
Ia juga berhasrat mengikuti program latihan bagi wartawan anjuran Bernama serta
mempelawa tenaga pengajar Bernama dari kalangan editor-editor berkunjung ke
Brunei Darussalam untuk berkongsi pengetahuan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Pengarahnya Awang Mawardi Mohammad dalam
pertemuan dengan Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong di Wisma Bernama
pagi ini.
Datuk Yong berkata Bernama bersedia memenuhi permintaan itu bagi meningkatkan kerjasama
kedua-dua organisasi.
Awang Mawardi berkata program kerjasama itu sangat bermakna dalam menambah baik
dan menstruktur semula organisasinya untuk perkhidmatan berita yang lebih baik.
"Kita dapat belajar beberapa perkara seperti sistem susun atur editor dan
wartawan serta konsep tugasan yang kami percaya mampu meningkatkan operasi
dalam Pelita Brunei, akhbar rasmi mingguan Brunei.
"Kita juga percaya sistem pengambilan dan kriteria seseorang wartawan yang
diguna pakai Bernama boleh diaplikasi organisasi kami dalam melahirkan seorang
wartawan yang bagus," katanya.
Dalam lawatan itu, delegasi tersebut turut meninjau operasi Jabatan Pengarang,
Bernama Radio24, BERNAMA TV dan NAM News Network (NNN).
Delegasi itu juga akan melawat Jabatan Penerangan Malaysia dan beberapa akhbar
tempatan untuk mendalami selok-belok organisasi berita dan sistem penyampaian
maklumat.
Thursday, 24 October 2013
South Korean journalists visit Bernama...
A group of 10 South Korean
journalists visited Bernama this morning under the ASEAN-Republic of Korea
media exchange visit programme 2013.
The journalists from both
print and broadcasting media arrived in Kuala Lumpur yesterday from Manila on the
second-and-final leg of their week-long visit to Asean countries.
After a briefing on Bernama,
they visited the newsroom on the first floor, Bernama TV, Bernama Radio24 and
NAM News Network (NNN).
The primary objective of the programme was
to give the journalists an opportunity to gain first-hand experience and
knowledge about Malaysia as they did in the Philippines, according to a media document on
the programme.
The participants could also
develop personal understanding and friendship with their counterparts of the
visiting country, which will certainly promote better communication between the
two sides.
The visit programme was also aimed at
encouraging the participants to be more creative and active in their work,
through the broadening of their viewpoints.
It was hoped that the programme would
trigger increased interest in the public on the South Korea-ASEAN partnership
through the reports delivered by the media representative taking part in the
visit.
“Media is a lens through which people inside a
national boundary can see the outside world. Therefore, exchanges of media
people between the ROK and ASEAN will greatly contribute to enhanced
understanding and appreciation by one side of culture and life-style of the
other, especially through their spill-over effect of media and the potential
program exchanges later,” said the document.
Al-Fatehah...
“Al-Fatehah.
Jenazah Sdra Mohsin dari Bernama Terengganu selamat dikebumikan lepas asar tadi
di Seberang Takir. Rakan baik serumah awal tahun 70an. Beliau bawa sikit hati
ini bersamanya. Moga2 dicucuri rahmat.”
Pengarah Eksekutif Berita
dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib membuat catatan itu dalam akaun Facebooknya.
Rakan baiknya saudara
Moksin Bakhari, 57, meninggal dunia selepas kemalangan jalanraya di atas
Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu hari ini.
Datuk Ahmad, yang bergegas ke Terengganu, memulakan
kerjaya sebagai wartawan dengan Bernama pada tahun 1972 sebelum menyertai
Business Times pada tahun 1978.
Allahyarham Moksin, yang sedang
bercuti menjelang persaraan wajib Januari depan,
cedera parah di kepala
setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah van dalam kejadian
12.15 tengah hari.
Beliau dalam perjalanan
pulang ke rumah di Kampung Teluk Ketapang selepas melawat anak saudaranya di
Kampung Chabang Tiga.
Ketua Biro Bernama Terengganu Amrizan Madian menyifatkan arwah
seorang pembantu tadbir yang berdedikasi dan berpengalaman dalam bidang
pentadbiran mengurus pejabat.
Katanya pemergian Allahyarham yang telah berkhidmat lebih 35 tahun
dengan Bernama sangat dirasai oleh warga Bernama khususnya di Terengganu.
Allahyarham meninggalkan isteri Noriah Hamid Sultan, 56, dan
empat anak.
Seluruh warga Bernama
mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh
Allahyarham dirahmati Allah s.w.t.
Tuesday, 22 October 2013
Exco baharu KPPB hadiri MBJ…
Barisan
exco baharu Kesatuan Pekerja-pekerja Bernama (KPPB) dipimpin Yang Dipertuanya
Zaharin Mat Noor bertemu pihak pengurusan pada Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan
(MBJ) di Wisma Bernama pagi ini.
Mereka
dipilih untuk tempoh 2013-2015 pada mesyuarat agung KPPB di Wisma Bernama, pada
21 September lepas.
Selain
Zaharin, pihak kesatuan diwakili Norrisah Abu Bakar (setiausaha), Mohamod
Nik (penolong setiausaha) dan Hanafiah Omar (bendahari).
Empat anggota
jawatankuasa yang hadir ialah Amarul
Nakhim Ahmad, Safiah Nawawi,
Noor Aishah Ayob dan Rafeaton Mohd Ali.
Pengurus
Besar Datuk Yong Soo Heong, yang mempengerusikan mesyuarat, mengucapkan tahniah
kepada barisan exco baru KPPB.
Beliau
berharap kesatuan akan berganding bahu dengan pihak pengurusan untuk terus menjadikan Bernama tempat kerja yang kondusif.
Ini akan dapat menarik minat tenaga muda yang berbakat untuk berkhidmat dengan Bernama.
Ini akan dapat menarik minat tenaga muda yang berbakat untuk berkhidmat dengan Bernama.
Selain
Datuk Yong, pihak pengurusan diwakili Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh dan
tiga timbalannya Datuk Zakaria Abdul Wahab (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri), Amer
Hamzah Md Sap (Perkhidmatan Berita Ekonomi) dan Ahmad Zukiman Zain
(Perkhidmatan Berita Antarabangsa), Pengurus Kanan Sumber Manusia dan
Pentadbiran Encik S.Visvakumar, Pengurus Kewangan Akaun Puan Sharifah Zaini Syed
Zain, Pengarah Operasi Perkhidmatan Audio Visual Ahmat Wahab dan Pengurus
Bahagian Sumber Manusia Puan Noor Fishah Osman.
Persekitaran kondusif tempat kerja termasuk mengadakan MBJ setiap tiga bulan sebagai saluran dua hala antara pihak pekerja dan pihak
pengurusan untuk berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta
menyumbang idea demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
"Kebanyakan yang kita cadangkan diterima-pakai oleh pihak pengurusan," kata Zaharin selepas mesyuarat.
Satu daripada cadangan KPPB itu ialah pusingan tugas dan tanggungjawab (job rotation) antara petugas yang dikemukakan pada mesyuarat MBJ 2 September lepas.
Pihak Sumber Manusia, yang menyokong cadangan berkenaan demi kebaikan organisasi dan para petugas, menyatakan ia dapat memberi faedah dalam aspek-aspek berikut:
- Meningkatkan prestasi organisasi dan petugas
- Menambah pengalaman petugas
- Meningkatkan motivasi petugas
- Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan petugas
- Peningkatan kerjaya petugas
- Persiapan Pelan Peralihan Petugas (Succession Planning) pada masa hadapan.
Monday, 21 October 2013
Tempa sejarah berimpak tinggi...
Pusat Kecemerlangan Bernama
menempa sejarah apabila menganjurkan bengkel berdepan media untuk 20 para
pegawai tertinggi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT).
Ketua Setiausaha KPKT Datuk
Seri Arpah Abdul Razak menyertai bengkel khas
‘High Impact Communications in Confronting Media’ itu bertempat
di Pusat Kecemerlangan Bernama, tingkat 12,
Wisma Bernama hari ini.
Turut serta timbalannya,
Datuk Halimi Abdul Manaf, Ketua Pengarah Jabatan Sisa Pepejal Negara, Datuk Dr.
Nadzri Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Dr. Mohd. Padzil
Hisham dan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Encik Esa Haji Ahmad.
Sesi pagi dimulakan oleh
Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong yang menerangkan langkah persediaan
dan teknik yang sesuai ketika berdepan dengan pihak media.
Pengalaman luas beliau dalam bidang kewartawanan dikongsikan bersama peserta.
Antara perkara yang
ditekankan oleh Datuk Yong ialah pentingnya menyediakan press kit sewaktu sidang media diadakan.
Menurutnya, ini signifikan kerana wartawan mungkin tidak mengetahui banyak
perkara mengenai organisasi atau kementerian yang terlibat.
Justeru, press kit dapat memberi input berkaitan
agenda utama yang diketengahkan. Perkara yang harus diambilkira juga ialah
maklumat terkini perlu ada di hujung
jari.
Untuk tujuan itu, mana-mana
bahagian terlibat wajar menyediakan maklumat yang sentiasa dikemaskini bagi
membolehkan pegawai tertinggi agensi atau menteri memberi kenyataan kepada
media.
Selain itu, Datuk Yong juga
mengetengahkan beberapa perkara seperti masa, logistik dan lokasi yang sesuai
untuk mengadakan sidang media agar ia memberi impak.
Slot seterusnya merupakan
sesi lawatan ke Bernama Radio24, NAM News Network, BernamaTV, unit foto dan Meja Berita Jabatan Pengarang. Lawatan
ini memberi peluang kepada peserta kursus melihat dengan lebih dekat operasi
pelbagai perkhidmatan berita Bernama
Editor Meja Berita Am,
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Encik
Khairdzir Md Yunus, mengendalikan slot di sebelah petang berkaitan 'Komunikasi Krisis'.
Beliau menerangkan mengenai
kepentingan komunikasi dalam mengurus krisis serta kaedah-kaedah dan strategi
komunikasi yang efektif.
Selain itu, beliau juga
memberi pendedahan tentang perkara yang perlu dilakukan untuk ‘damage-control’ reputasi organisasi.
Sebaik-baiknya,
sesebuah agensi perlu mempunyai atau melantik jurucakap yang kredibel dan pakar
mengenai perkara-perkara teknikal untuk dirujuk oleh pihak media.
Slot seterusnya ialah Role play –
handling media during crisis di mana Editor
Tugasan Bernama TV, Encik Abdul Rahman Ahmad bersama beberapa wartawan BernamaTV
mengadakan simulasi seolah-olah satu sidang media sedang berlangsung.
Datuk Seri Arpah, Datuk
Halimi dan Datuk Dr Nadzri dihujani
dengan pelbagai pertanyaan dari topik pembuangan sisa hinggalah kepada isu
perumahan.
Para peserta mendapati bengkel itu adalah praktikal selain berpeluang mengenali Bernama dengan lebih dekat.
Dalam ucapan ringkasnya pada
sesi penutup, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkifli Salleh bersetuju dengan
pandangan Datuk Seri Arpah bahawa penekanan ke atas penggunaan media sosial
perlu diberi perhatian.
Justru, kerjasama erat
antara KPKT dan Bernama amat dialu-alukan terutama memikirkan pendekatan
terbaik untuk menyalurkan maklumat dengan cepat.
Syed Khedher Ismail/ Ridzuan Mohd Ghazali
Subscribe to:
Posts (Atom)