Janda Baik, sebuah kawasan
perkampungan di negeri Pahang, merupakan destinasi pelancongan yang amat
menarik . Dikelilingi rimbunan pokok, bukit-bukau, air terjun serta sungai yang
jernih, ia begitu sesuai dijadikan lokasi program latihan selain tempat rekreasi.
Bertemakan alam semulajadi,
sekumpulan 20 peserta terdiri dari 16 petugas Bernama dan empat orang dari
Malaysia Productivity Corporation, Jabatan Warisan Negara, Aswara dan Jabatan
Muzium Malaysia mengikuti bengkel ‘Fotografi Lanjutan’ selama 3 hari di
Cheringin Hills Convention Resort bermula 14 November 2013.
Bengkel yang menjurus ke arah latihan secara praktikal
dikendalikan oleh Haji Mustaza Mohd Yusoff, Ketua Unit Foto,Bernama dibantu oleh
jurufoto Shahrizan Jeffri.
Tiga aspek menjadi tumpuan
peserta sepanjang bengkel. Pertama, mengaplikasi hal-hal teknikal seperti depth of Field, slow/fast shutter speed,
flash dan shadow bagi tujuan
pengambilan foto berkualiti.
Kedua, mengenalpasti objek
atau suasana yang hendak digambarkan, antaranya, tumbuh-tumbuhan,
serangga/unggas, landskap seperti air terjun, sungai, pemandangan di siang
hari, senja dan ketika waktu malam di samping merakam aktiviti penduduk di
kampung berdekatan.
Peserta dibahagikan secara
berkumpulan. Setiap peserta dikehendaki mendapatkan gambar terbaik berdasarkan
kreativiti masing-masing.
Foto mereka kemudian
dianalisa dan diberi komen oleh kedua-dua tenaga pengajar. Menurut Shahrizan,
pengambilan gambar mengenai pemandangan perlu ada komposisi dan menggunakan rule of third (peraturan ketiga) iaitu
perlu tahu tujuan dan jenis foto bagaimana patut diambil.
Beliau menunjukkan contoh
pelbagai foto pemandangan yang diambilnya sebagai perbandingan kepada peserta.
Uniknya bengkel seperti ini
kerana ia turut meliputi teknik mempelajari rakaman video menerusi kamera
secara teori dan praktikal.
Sesi memahami peralatan
kamera dikendalikan dengan kerjasama wakil dari Nikon Malaysia. Peserta diberi
kefahaman tentang jenis dan perbezaan pada kad memori, penggunaan bateri dan
perisian seperti Adobe Premier & Windows Video Maker untuk penyuntingan video.
Bagi aktiviti luar (outing)
pula, peserta dibawa ke kawasan
berhampiran Sungai Benus, di pinggir perkampungan.
Kandungan bengkel tersebut
merupakan sebahagian dari modul Kewartawanan Foto di bawah program Bernama
School of Journalism.
Selaku wartawan versatile (serba boleh), pengetahuan dan
kemahiran mengambil foto dan video diperlukan agar mereka dapat melaksanakan
tugasan dengan lebih berkesan.
besttttt
ReplyDeletehttp://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/