Unitar, satu-satunya
universiti tempatan yang menjadi perintis dalam ‘virtual learning’
(pembelajaran maya) menyertai bengkel khas anjuran Bernama bertemakan ‘High
Impact Communications Skills’ di Pusat Kecemerlangan, Wisma Bernama, hari ini.
Bengkel tersebut disertai 20
kakitangan universiti berkenaan termasuk empat professor dan beberapa ketua
bahagian. Ketua Pengawai Eksekutif Unitar, Encik
Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi dan Ketua Pegawai Operasi &
Kewangan, Encik Lukman Musa turut meluangkan masa meninjau operasi Bernama TV
dan Jabatan Editorial serta bertukar-tukar pandangan ketika jamuan tengah hari
bersama pegawai-pegawai kanan Bernama.
Pengurus Besar Bernama Datuk
Yong Soo Heong dalam sesi mukadimah bengkel berkongsi pengalamannya dengan para
peserta mengenai pelbagai peristiwa semasa dan cabaran-cabaran yang dilalui
oleh Bernama dalam menulis laporan berita
serta menterjemahkan artikel.
Ketika ditanya pendapatnya
oleh seorang peserta bengkel, Datuk Yong menghargai perancangan Unitar untuk
menceburi bidang pemakanan. Menurut beliau tidak banyak rangkaian bisnes
masakan Melayu di bidang perhotelan atau restoran dalam ataupun di luar negara.
Justeru, ia satu ide yang bagus dan menunjukkan Unitar mampu mempelbagaikan
aktivitinya.
Editor Meja Berita
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN), Khairdzir Yunus membicarakan aspek
komunikasi krisis sebelum peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi
Bernama Radio24.
Melalui saluran radio Bernama, Unitar boleh mengenengahkan pelbagai
jenis program yang hendak diwar-warkan kepada orang ramai.
Sesi berikut yang
‘ditunggu-tunggu’ oleh peserta ialah simulasi mengenai sidang akhbar yang
dikendalikan oleh Editor Tugasan Bernama TV Abd.Rahman Ahmad. Ketua Bahagian
Korporat Komunikasi, Ahmad Hafiz Osman berperanan selaku ‘CEO UNITAR’ bersama
Prof.Dr.Sakina Sofia, Prof.Dr.Abd.Razak dan Prof.Dr.Muhamad Naim menjawab
soalan-soalan dari wartawan Bernama.
Syed Khedher Ismail
No comments:
Post a Comment