Tulisan
wartawan ‘award-winner’ Bernama Sakini Mohd Said mengenai kisah pesakit di 'Wad
10' sebuah hospital di Lembah Klang yang saling menghidupkan semangat
persaudaraan walaupun berdepan penyakit kronik telah menyentuh perasaan Perdana
Menteri.
"Saya
terharu membaca rencana ini. Walaupun pesakit-pesakit di Wad 10 menghidapi
penyakit kronik, mereka masih lagi mampu berseloroh dan berjenaka sesama
sendiri sambil menghidupkan semangat persaudaraan dan pemuafakatan antara
mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
"Inilah
semangat yang ditunjukkan oleh majoriti rakyat negara kita ini, dari dulu
hingga sekarang," kata Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di laman
Facebooknya malam ini.
Beliau turut menyertakan pautan kepada rencana 'Kisah 1Malaysia Di
Wad 10' yang disiarkan Bernama semalam.
Ia
menceritakan kisah empat sahabat pelbagai bangsa di wad berkenaan yang
menghidap penyakit kronik termasuk kanser dan tiroid, tetapi kekal positif dan
sentiasa memberi sokongan moral kepada satu sama lain.
"Marilah
kita ambil iktibar dari kisah pesakit-pesakit ini dan bersama-sama mendoakan
kesihatan mereka," kata Najib.
Sakini,
yang telah memenangi beberapa anugerah kewartawanan termasuk Anugerah Wartawan Muda A.Samad Ismail anjuran Institut Akhbar Malaysia dan Petronas, memang penulis yang hebat.
Pengamatannya
yang tajam dapat menghasilkan kisah empat sahabat itu -- Sabrina, Normala,
Maria dan Mei dengan begitu menarik, seolah-olah kita berada bersamanya melihat
suasana keakraban mereka.
Rencana seumpama ini mengembalikan nostalgia kepada tulisan mendiang Tai Sing Onn, yang kerap memaparkan soal-soal masyarakat ketika mengetuai Meja Rencana selama beberapa tahun mulai akhir 1980-an.
Rencana seumpama ini mengembalikan nostalgia kepada tulisan mendiang Tai Sing Onn, yang kerap memaparkan soal-soal masyarakat ketika mengetuai Meja Rencana selama beberapa tahun mulai akhir 1980-an.
No comments:
Post a Comment