Sebagai langkah awal menggerakkan aktivitinya, AKRAB Bernama mengadakan perjumpaan dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), yang menjadi badan induk AKRAB peringkat kementerian.

Beliau
memaklumkan kepada mesyuarat mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh AKRAB Bernama yang
dianggotai 16 orang termasuk pengerusinya,
Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh.

Bernama
adalah antara empat organisasi di bawah KKMM yang mempunyai AKRAB, singkatan bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam.
Ekoran kursus ‘pasca AKRAB’
anjuran KKMM di Ipoh, Mac lepas, yang dihadiri oleh semua anggota AKRAB
Bernama, beberapa jawatankuasa dibentuk untuk menyelaraskan aktiviti.

Datuk
Abdul Rahman berkata pihak tertinggi kementerian ‘nampak’ peranan yang boleh
dilakukan oleh AKRAB untuk membantu mengurangkan masalah di kalangan
kakitangan.

Visi AKRAB KKMM ialah
menjadikan AKRAB sebagai penggerak budaya kelas pertama dalam organisasi.
Objektifnya ialah
menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan
potensi dan kecemerlangan.
Motonya pula ialah “Berkhidmat
Membimbing”.
No comments:
Post a Comment