Friday 20 July 2018

Selamat bersara Wak Wahid...


“Hari ini hari terakhir beliau di BERNAMA, beliau antara orang terawal yang aku kenali sejak mula berkhidmat 8 tahun yang lalu. Banyak yang aku belajar dan nasihat dari beliau. Perkhidmatan paling lama hampir 42 tahun kot. 
"Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan selepas persaraan ini,” demikian catatan Suhendri Mohd Daud mengenai Mohd Wahid Mdsom yang mesra disapa “Wak”.
Mohd Wahid akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dua hari lagi, dengan mencatatkan perkhidmatan lebih 40 tahun dengan Bernama.
Tempoh perkhidmatan yang panjang itu menunjukkan betapa Pembantu Tadbir Pusat Maklumat Berita dan Perpustakaan Bernama atau ringkasnya InfoLib itu menyayangi pekerjaannya.
Ia juga membuktikan betapa anak kelahiran Kampung Rincing Hilir, Bangi, Kajang, Selangor ini menyantuni organisasi yang menjadi tempat beliau mencari rezeki sejak berusia sekitar 18 tahun.
Mohd Wahid mula bertugas dengan Bernama pada 20 Nov,1976. Nombor pekerjanya 157. Pada masa itu, Bernama beroperasi di Wisma Belia, Jalan Syed Putra.
Gaji permulaan di bawah kategori pembantu am rendah RM120 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM30.
Ramai akan merasakan ketiadaan “Wak” yang tinggi budi pekertinya.


“Sebak aku salam dgn wak wahid.. 26 tahun berkawan dgn wak.. Seorang yg saya belum pernah nampak dia marah.. Sentiasa tenang.. Berbincang pun mudah.. Semoga wak wahid sentiasa diberikan kesihatan yg baik dn dirahmati Allah.. Aamiiinn.. Kurang dah sorg lagi jemaah surau bernama.. Huhuhu”, kata Ramdhan Ramli.
Begitu juga dengan Akmal Hakim.
"Selamat bersara dan selamat ulang tahun kelahiran yg ke 60..
Smoga pnjg umur dan dimurahkan lagi rezeki.. Rindu2kanlah kami disini... Jumpa lagi wak.. Wak lagend bernama.. 42 tahun setia pada 1 department... Salute TokOne Wak," katanya.
Mohd Wahid pernah menyatakan  hasrat untuk membuka gerai menjual minuman termasuk cendul selepas bersara.
Pesanan khususnya untuk anak muda, " kita perlu ada sifat sabar; sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
"Bagi saya, apa pun pekerjaan yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik; insya-Allah kita boleh meningkat maju," katanya.

No comments:

Post a Comment