Saturday 28 July 2018

Berlarilah Gembo-Gembo...

Bernama Gembo-Gembo Run 2018 (BGR) bukan sahaja menarik pada namanya tetapi mempunyai banyak keistimewaan.
Ia akan diiadakan dalam persekitaran hijau yang nyaman dan damai di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 22 September ini bermula 7.30 pagi.
Pengurus Pemasaran Foto, Farhan Mustafa  berkata acara itu menyasarkan 2,000 peserta terutama dari kalangan warga Bernama.
“Kami baru launch website empat hari lepas dan setakat ini 30 peserta telah mendaftar... kami masih teruskan usaha promosi melalui pelbagai cara,” katanya.
Pautannya ialah http://images.bernama.com/bgr2018/
Acara terbahagi kepada:
Fun Run 5km  Dewasa (13 tahun ke atas)
Fun Run 5km  Kanak-kanak (9 hingga 12 tahun)
Fun Run 5km  Pelajar
Bayaran: Dewasa (RM50), kanak-kanak (RM40) dan pelajar (RM35).
BGR dapat menggalakkan penyertaan keluarga untuk beriadah bersama ke arah amalan gaya hidup sihat.
Aktiviti ini dapat menimbulkan keceriaan yang pastinya membantu mengatasi tekanan kerja.
Larian seumpama ini juga dapat menyemai disiplin terutama apabila para peserta perlu berada awal di lokasi sebelum acara bermula.
Ia juga kesempatan bagi para petugas untuk mengeratkan hubungan bukan sahaja di kalangan rakan seunit atau jabatan tetapi juga dari bahagian-bahagian lain dalam Bernama.


No comments:

Post a Comment