Friday 20 July 2018

Riang Ria Jabatan Pengarang...

Lebih 500 warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memeriahkan sambutan Riang Ria Editorial 2018 hari ini. 
Majlis berlangsung selama tiga jam bermula 3 petang di Tingkat 10, Wisma Bernama.
Bertemakan warna hijau, majlis itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian serta pelbagai hidangan termasuk nasi tomato, laksa, nasi himpit, rendang dan kuih-muih. 
Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata majlis tersebut diadakan bagi meraikan dan mengeratkan hubungan antara petugas Bernama yang terdiri daripada pelbagai jabatan.
"Menjadi sebahagian daripada warga Bernama merupakan suatu nikmat yang perlu disyukuri kerana kita bertuah berada dalam suasana kerja selesa.
"Berpeluang menikmati pelbagai kemudahan termasuk insentif dan sebagainya (jadi) janganlah (ada dalam kalangan) kita bersikap yang tidak baik seperti iri hati, menghasut dan sebagainya," kata beliau.
Majlis anjuran Jabatan Pengarang itu melibatkan kerjasama semua unit di bawahnya – Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN),  Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) dan Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE).
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment