Monday 30 July 2018

Berita Mandarin kembali bersiaran di BNC...

Berita berbahasa Mandarin kembali bersiaran di Bernama News Channel (BNC) mulai hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata ia bersiaran pada pukul 8.30 malam dengan siaran ulangan pada pukul 2 pagi.
Ia merupakan saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo semasa kunjungan sulung rasminya ke Wisma Bernama pada 28 Mei lepas.
Zulkefli yang juga Pengarah Urusan BNC berkata semua persiapan dari segi teknikal dan kakitangan telah dibuat sejak sebulan lalu bagi membolehkan berita Bahasa Mandarin itu kembali bersiaran selepas dihentikan pada tahun 2015.
Unit Berita Bahasa Mandarin diketuai oleh Tan Boon Kooi, kata beliau dalam satu kenyataan.
Ketika kunjungan itu, Gobind Singh  meminta agensi itu menyiarkan semula berita dalam bahasa Tamil dan Mandarin menerusi saluran BNC.
Berita Bahasa Tamil telah mula bersiaran pada 11 Jun lepas.
Saluran Bernama News Channel boleh ditonton di Astro 502, Unifi tv 631, MYTV 121 dan  di seluruh dunia melalui laman sesawang www.bernama.com dan Youtube.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment