Usaha Meja Bahasa Arab menghasilkan
berita video dalam bahasa tersebut mendapat sambutan positif apabila
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuatnaiknya di
Facebook beliau.
Berita itu hasil temubual wartawan Muammar
Eusouffi Zainol Abidin dengan Datuk Dr Zulkifli dalam bahasa Arab di pejabatnya
di Putrajaya.
Datuk Dr Zulkifli bercakap mengenai
undangan khas yang diterimanya mewakili negara ke Persidangan Al-Azhar Sedunia
Bagi Mendokong Sokongan Kepada Baitulmaqdis untuk membincang dan mencari
penyelesaian mengenai isu membantah tindakan Amerika Syarikat yang mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam catatan di Facebooknya, Datuk Dr Zulkifli berkata berita itu sudah tersebar ke semua negara Arab.
Persidangan anjuran bersama Al-Azhar
As-Syarif dan Majlis Hukamak Muslimin itu dijadualkan berlangsung pada 17 dan
18 Januari ini di Al-Azhar Convention Centre, Kaherah, Mesir.
Al-Azhar As-Syarif adalah sebuah institut ilmu Islam terbesar di dunia dan berperanan memelihara warisan Islam di samping mempromosikan keamanan, keharmonian, konsep wasatiyyah dan penyelidikan serta membawa mesej Islam sebenar kepada masyarakat di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment