Dalam
usaha memberi ruang kepada orang awam untuk
mengembangkan bakat penulisan, sekumpulan penulis bersatu menubuhkan
Kelab Penulis Buku Intelek (iAuthors Club).
Pengerusinya,
Peter Yee berkata kelab yang ditubuhkan
sejak 2015 itu bertujuan untuk membantu orang awam yang berminat dalam bidang
penulisan tetapi tidak tahu cara merealisasikan impian tersebut.
“Apabila
menjadi anggota kelab ini, orang awam akan diberi pendedahan bagaimana cara
menulis buku hingga cara memasarkan buku
tersebut, kami akan mengajar dan membantu keseluruhannya.
"Kami
juga sering mengadakan bengkel dan kelas
dengan menjemput pengajar yang profesional untuk berkongsi ilmu masing-masing,”
katanya ketika ditemui Bernama pada majlis pelancaran Kelab Penulis Buku Intelek, di Sri Petaling hari ini.
Sementara
itu, bekas Pengurus Besar, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk
Yong Soo Heong berkata penulisan buku adalah terapi terbaik untuk meluahkan
pandangan serta mencurahkan emosi di samping dapat berkongsi maklumat dan
pengetahuan dengan pembaca.
“Sekurang-kurangnya
apabila kita sudah tiada kelak, kita dapat meninggalkan sesuatu kepada generasi
akan datang dan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang boleh dikongsi
menerusi penerbitan buku serta tidak akan hilang begitu sahaja,” kata Yong,
seorang daripada tetamu undangan pada majlis tersebut.
Seorang
anggota iAuthors Club, Clement Heng, 59, berkata penubuhan kelab tersebut memberi peluang
kepadanya, yang telah pun bersara, untuk berkarya dan menghasilkan sebuah buku.
“Sebelum
ini, saya mahu menjadi penulis tapi tidak jumpa platform yang betul...bila
sertai kelab ini saya dibantu untuk menulis dan seterusnya mengeluarkan buku,”
katanya.
Orang
awam yang berminat menyertai kelab tersebut boleh emelkan maklumat diri ke
contactiauthorsclub@gmail.com.
-- BERNAMA
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment